Lengan anak ada kesan lebam selepas dengar bunyi tapak kaki pukul 3 pagi hingga Subuh di hotel Cameron Highland. Netizen berkongsi pengalaman mengenai gangguan paranormal ketika menginap di sebuah hotel di Cameron Highlands, Pahang.
Ia susulan tular video berdurasi tujuh saat menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki mengalami lebam di lengan selepas menginap di hotel berkenaan.
Video berkenaan dikongsi oleh seorang pemilik akaun TikTok menggunakan nama @aifaazlan.
“Terkejut Aifa bila tengok lengan Umar lepas stay (menginap) dekat hotel tu.
“Bibik (pembantu rumah) pun beritahu ada dengar bunyi tapak kaki orang tengah berjalan jam 3 pagi. Sampai ke Subuh bibik tidak boleh tidur sebab takut,” tulisnya.
Pemilik akaun itu kemudian bertanya kepada netizen sama ada mereka pernah melalui pengalaman sama di hotel berkenaan.
Seorang pengguna TikTok menggunakan nama @mamywaa91 mendakwa pernah berdepan pengalaman seram di hotel sama.
“Kami pernah menginap di hotel yang sama sebelum ini, (dan) pada jam 2 pagi, kami mendengar bunyi tapak kaki.
“Saya tidak dapat tidur sehingga pagi,” komennya.
@aifaazlan Seriau weyyy. #aifaazlan #umaryusuf #hotelberhantu ♬ original sound – Happy Halloween
Seorang lagi pengguna @mohdzakirshah01 turut berkongsi pengalamannya ketika menginap di sebuah inap desa di ruangan komen.
Beliau mendakwa terlihat kelibat ‘lembaga’ berdiri di tepi bilik, namun beliau hanya berdiam diri kerana tidak mahu mengejutkan anaknya.
Beliau memberitahu hanya berkongsi kisah seram ketika dalam perjalanan pulang manakala isteri dan anak turut mendakwa mengalami mimpi seram pada malam kejadian.
Video itu mendapat hampir 15,000 tontonan setakat ini.