“Lembu rosak”, selamba lepak dalam rumah raih perhatian ramai

“Lembu rosak”, selamba lepak dalam rumah raih perhatian ramai

“Lembu rosak”, selamba lepak dalam rumah raih perhatian ramai. Lembu merupakan haiwan ternakan yang dimiliki oleh kebanyakan penternak khususnya di negara Malaysia. Seperti yang diketahui, haiwan ini mempunyai nilai yang agak tinggi di pasaran.

Haiwan berkaki empat ini sinonimnya diternak di kawasan ladang ataupun tanah lapang yang berumput hijau.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu rakaman yang dimuat naik oleh @_si.nunun telah mencuit hati warganet apabila seekor anak lembu “selamba” lepak di ruang tamu rumah.

"Lembu rosak", selamba lepak dalam rumah raih perhatian ramai

Dalam video berdurasi 29 saat itu memaparkan lembu berkenaan (dikenali sebagai “Biko”) sedang leka baring di atas karpet berwarna biru di dalam rumah.

“Perangai nunun 2.0 nie pelik” sungguh,” tulis pemilik video itu.

Menariknya, seekor memerang (diberi nama” Nunun”) mengusik Biko yang sedang merebahkan badan. Walaupun gelagat Nunun seolah-olah mencabut gigi Biko, anak lembu tersebut seperti masih dibuai mimpi dan kelihatan pasrah.

“Hang ni Nunun, tukaq perangai hang Nunun. Kawan tengah tidoq elok-elok hang pi korek mulut dia.

“Ya Allah kesian Biko.. Nunun hang takmau kacau awek hang. Mana boleh cabut gigi dia Nunun.

“Nunun.. gigi dia tak boleh cabut pun sayang.. Ya Allah Biko pun.. lawanlah sama Biko.

“Dia gigitnya muncung hang satgi Nunun. Nunun!” ujar individu dipercayai pemilik video tersebut.

@_si.nunun Perangai nunun 2.0 nie pelik” sungguh😩#masukberanda #fyp #memerangjinak #xyzbca ♬ bunyi asal – SI.NUNUN🦦

Terkejut Netizen Tengok Biko

Rata-rata netizen pecah perut melihat telatah kedua-dua haiwan itu. Lebih-lebih lagi warganet menyifatkan bahawa mereka jarang melihat lembu berehat di dalam kediaman.

"Lembu rosak", selamba lepak dalam rumah raih perhatian ramai

Screenshot 2023 05 09 005027

"Lembu rosak", selamba lepak dalam rumah raih perhatian ramai

"Lembu rosak", selamba lepak dalam rumah raih perhatian ramai

Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 2.8 juta tontonan, hampir 260,000 tanda ‘Suka’ dan 8,000 komen.

Baca Lagi:
Semua cawangan IKEA seluruh Malaysia akan ditutup 30 Mei 2023
“Dulu vs sekarang”, separuh tasik dan takungan air terbesar di dunia kering
Selamat tinggal deodorant, akhirnya dah jumpa petua hilangkan bau ketiak yang masam
CATEGORIES