“Lemah semangat dibuatnya”, Warganet geleng kepala baca soalan dalam buku latihan sekolah budak zaman sekarang

Photo of author

By Joe

“Lemah semangat dibuatnya”, Warganet geleng kepala baca soalan dalam buku latihan sekolah budak zaman sekarang. Tular di media sosial baru-baru ini berkaitan posting yang dimuat naik seorang netizen @sitiraudzah di X yang pelik dengan soalan yang diajukan dalam buku latihan pelajar sekolah.

Menerusi posting itu, dia menyatakan rasa pelik dengan soalan tersebut yang dianggap agak ‘KBAT’ dengan meminta pelajar untuk memilih penampilan seorang individu berdasarkan jenis makanan yang diambil mereka.

Menerusi soalan itu, pelajar ditanya mengenai penampilan individu bernama Liza jika dia hanya suka makan daging dan tidak suka makan sayur-sayuran.

"Lemah semangat dibuatnya", Warganet geleng kepala baca soalan dalam buku latihan sekolah budak zaman sekarang

Agak-agak logik tak jawapan bagi Liza ini mempunyai berat badan yang tinggi disebabkan dia tidak suka makan sayur dan suka makan daging?

“Apa punya logic ni?”

Soalan berkenaan jelas-jelas mendapat kritikan netizen yang merasakan ia tidak sesuai dijadikan soalan dalam buku latihan murid sekolah kerana ia menjurus ke arah ‘body shaming’.

Malah ada juga yang mengatakan tidak semestinya jika seseorang itu tidak makan sayur langsung, berat badannya tinggi.

"Lemah semangat dibuatnya", Warganet geleng kepala baca soalan dalam buku latihan sekolah budak zaman sekarang

Tak cukup dengan itu, ada juga di kalangan netizen meminta ibu bapa untuk memantau buku-buku latihan yang dibeli mereka di luar sekolah kerana ada di kalangannya tidak mematuhi standard.

"Lemah semangat dibuatnya", Warganet geleng kepala baca soalan dalam buku latihan sekolah budak zaman sekarang

Harap pihak KPM pun ikut sama pantau buku-buku latihan sekolah dengan soalan begini.

Baca Lagi:
Doktor dedah cara buat duit tepi yang ramai orang tak tahu, rupanya jual seluar dalam masam yang dipakai sewaktu kerja
“Orang tak ada pendidikan memang macam ni.. Adik, nanti belajar rajin-rajin, jangan jadi macam akak tu sampai malam pun kerja”
Istana paling berhantu di dunia dibuka untuk pelancong