Lelong kali ke 20! Hartanah di Elements Mall, Melaka Raya dilelong pada harga serendah RM17,000

Photo of author

By Joe

Lelong kali ke 20! Hartanah di Elements Mall, Melaka Raya dilelong pada harga serendah RM17,000. Sering kali hartanah yang berharga rendah kerap menjadi rebutan orang ramai. Bagi unit komersial, para pelabur antara yang berminat untuk mendapatkannya untuk disewakan pada harga yang berbaloi.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila sebuah hartanah di Elements Mall, Melaka Raya sedia untuk dilelong pada harga serendah RM17,000 sahaja menerusi perkongsian Facebook Selangor Auction Property.

Lebih mengejutkan lagi, difahamkan harga rendah yang ditawarkan ini berikutan tiada pembida sebelumnya sekaligus membawa kepada lelongan ke 20 bagi hartanah ini.

Lelong kali ke 20! Hartanah di Elements Mall, Melaka Raya dilelong pada harga serendah RM17,000

Berdasarkan semakan, hartanah dengan keluasan 128 kaki persegi ini pernah dibida pada harga mencecah RM160,000 pada tahun 2018.

Walau bagaimanapun, keadaan terkini kawasan tersebut membuatkan hartanah ini tidak lagi menjadi pilihan walaupun ditawarkan pada harga yang rendah.

Baca Lagi:
Ustaz Wadi Annuar jawab isu hadir ke majlis perkahwinan Janna Nick
Cucu Tok Guru Nik Aziz dedah darjah kebesaran ‘Tun’ ditukarkan jadi ‘Tan Sri’
10 senarai pemimpin negara terkaya di dunia, no.2 bekas perdana menteri Malaysia nilai harta $ 45 bilion