Lelaki warganegara UK akui tak boleh hidup di negara sendiri tanpa ‘kepala paip’ selepas balik dari Malaysia

Photo of author

By Joe

Lelaki warganegara UK akui tak boleh hidup di negara sendiri tanpa ‘kepala paip’ selepas balik dari Malaysia. Seorang lelaki warga United Kingdom (UK) mengakui bahawa dia kini tidak boleh hidup tanpa bidet atau paip getah apabila menggunakan tandas selepas menetap di Malaysia sejak April lalu.

Greg Larcombe, 39 tahun, berkata, ada revolusi yang berlaku dalam masyarakat Barat terutama bagi mereka yang melancong ke Asia kerana akhirnya menganggapnya sebagai satu keperluan untuk membersihkan diri.

“Ada orang yang berkata, tiba-tiba orang bukan Asia tidak boleh hidup tanpa bidet? Saya setuju dan bukan hanya saya yang mengalami perkara ini. Terdapat perubahan yang berlaku terhadap orang Barat yang datang ke sini selepas mereka mengenali kepentingan bidet atau paip getah.

Lelaki warganegara UK akui tak boleh hidup di negara sendiri tanpa 'kepala paip' selepas balik dari Malaysia

“Saya tidak dapat nafikan bahawa Malaysia benar-benar mengubah hidup saya dan sekarang ia menjadi satu keperluan yang penting. Ramai rakan saya yang melancong di sini pun telah memasangnya di rumah mereka sendiri setelah pulang ke UK.
“Mereka juga berasa kecewa dan kurang selesa jika tidak ada paip getah untuk membersihkan diri di hotel-hotel di luar negara,” katanya.

Greg, yang kini menetap di Pulau Langkawi, Kedah, juga merancang untuk melakukan perkara yang sama jika dia kembali ke negaranya.

“Jika saya dipulangkan ke UK nanti, saya akan membuat perkara yang sama kerana saya rasa ia telah menjadi satu keperluan penting.

“Saya juga merasa lebih bersih dengan menggunakan bidet berbanding hanya menggunakan tisu toilet,” katanya.

Dalam pada itu, Greg menyatakan bahawa dia tidak menyesali keputusannya untuk berpindah dan menetap di Malaysia walaupun ada yang mempersoalkan tindakannya.

Baginya, selain daripada menikmati dan mempelajari pelbagai budaya yang ada, dia juga menghargai kemesraan dan keramahan rakyat Malaysia yang membuatkan dia tidak merasa terasing.

“Ramai yang tanya kenapa saya pindah? Adakah UK tidak menyeronokkan? Apa yang boleh saya katakan, masalahnya bukan pada negara tersebut tetapi pada diri saya sendiri. Saya tidak menyalahkan negara tersebut.

“Tetapi saya benar-benar selesa di sini. Masyarakat di sini juga sangat ramah. Saya telah mencuba banyak makanan seperti asam pedas, nasi lemak, nasi kerabu, kerabu bronok, dan sebagainya.

“Mereka juga mengajar saya cara makan dengan menggunakan tangan. Walaupun pada mulanya agak kekok, tetapi pengalaman baharu ini sangat menyeronokkan bagi saya,” katanya.

@greggetseverywhere Replying to @banterBen it’s not just me that can’t live without it either, many westerners are starting to feel the same! #bidet #respondingtocomments #malaysiatiktok #lifeabroad #livingabroad ♬ original sound – Greg Larcombe

Baca Lagi:
Doktor terkejut jumpa 70 paku dalam perut lelaki umur 22 tahun, sekali ahli keluarga buka mulut dedah perkara sebenar
Harga emas dijangka cecah RM400 segram
Bomba jumpa pergelangan tangan kiri putus di lokasi kereta terbakar