Lelaki warga Singapura pecahkan rekod rakyat Malaysia makan nasi kandar harga RM300. Seorang lelaki menarik perhatian ramai apabila beliau membeli hidangan nasi kandar dengan harga RM300.
Kisah mengenai pelanggan tersebut dikongsi melalui laman Facebook Nasi Kandar Sulaiman (NKS) di Pulau Pinang pada pagi Rabu.
Pengendali laman Facebook NKS menyatakan bahawa pelanggan tersebut adalah seorang pencipta konten dari Singapura yang terkenal di platform TikTok.
“RM300. Pecah rekod. Rekod terbesar sepanjang masa. Satu orang makan. Orang Singapura. Beliau seorang pengaruh TikTok yang terkenal dengan membuat video makanan banyak. Beliau juga membawa talam besar. Nama TikTok beliau Zermatt Neo.”
“Ini kali dia datang NKS makan nasi kandar sampai RM300. Rekod paling tinggi dalam sejarah NKS. Kami tak panggil dia, dia sendiri yang datang makan,” ujar pengendali Facebook Nasi Kandar Sulaiman (NKS).
Sebelum ini, seorang lelaki pernah menjadi tular apabila membeli nasi kandar dengan harga RM218 di kedai yang sama.
@angah_kayrie Pecah Rekod Baru Gaiss ‼️‼️ kredit : nasi kandar sulaiman #nasikandar #nasikandarsulaiman #rm300 #nasirm300 #penang #makan #viralmakan ♬ suara asli – Andra Fvnky Rmx
Perkongsian itu turut dihujani pelbagai komen netizen.
“Kita makan sepinggan dah kenyang, dia makan setalam.
“Zermatt ni competitive eater. Setakat setalam nasi kandar tu dia pejam mata je.
“Definisi kaya yang sebenar,” tulis netizen.