
Lelaki ubahsuai rumah terkejut jumpa duit dalam dinding rumah sebanyak RM245,000, bila bawa pergi bank lain pula yang jadinya
Lelaki ubahsuai rumah terkejut jumpa duit dalam dinding rumah sebanyak RM245,000, bila bawa pergi bank lain pula yang jadinya. Seorang lelaki Sepanyol menemui wang tunai ‘lama yang diletakkan dalam enam tabung dan ditanam dalam dinding sebuah rumah baharu dibelinya baru-baru ini, lapor Mirror News.
Tono Pineiro ditemui berkata, wang tersebut berjumlah £47,000 (RM245,000) yang ditemui semasa melakukan kerja pengubahsuaian rumah yang akan didiaminya semasa bersara nanti.
Bagaimanapun, kegembiraan Pineiro tidak kekal lama apabila wang kertas yang dibawa ke Bank of Spain sebenarnya wang lama dan pihak bank sudah menghentikan pengeluarannya sejak 2002.
Saya pergi bank untuk mengesahkan mata wang ini dan malangnya mereka sudah menghentikan pengeluarannya lebih 20 tahun lalu,” katanya.
Namun, idea Peneiro menjual wang lama tersebut kepada pengumpul wang lama atau numismatik telah membuahkan hasil apabila dia memperoleh pulangan sebanyak £30,000 (RM156,000).