Lelaki tidur bersama mayat rakan dihukum gantung sampai mati

Lelaki tidur bersama mayat rakan dihukum gantung sampai mati

Lelaki tidur bersama mayat rakan dihukum gantung sampai mati. Seorang lelaki yang tidur bersama mayat rakannya dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa setelah didapati bersalah membunuh mangsa, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Azhud Ibrahim, 33, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata, keterangan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata.

Lelaki tidur bersama mayat rakan dihukum gantung sampai mati

“Tertuduh dalam keterangannya menyatakan dia tiada niat membunuh si mati malah selepas pergaduhan, telah keluar membeli makanan dan minuman untuk lelaki itu.

“Menurut keterangan pakar patalogi, hasil bedah siasat mendapati perut si mati mengumpul makanan yang belum dihadam selain pemeriksaan luaran dan dalaman si mati terdapat kecederaan dan luka di pipi, mulut serta leher.

“Boleh disimpulkan bahawa si mati makan terlebih dahulu sebelum pergaduhan berlaku selain keadaan kecederaan si mati yang tidak memungkinkan dia makan dalam keadaan mulut sebegitu,” ujarnya.

Tambah beliau, penemuan sebatang cangkul di atas tanah berdekatan dengan lubang yang digali di belakang rumah adalah konsisten dengan keterangan tertuduh.

“Persoalannya, mengapa tertuduh menggali lubang itu jika benar dia tiada niat untuk membunuh si mati? Tindakan yang sepatutnya diambil tertuduh adalah melaporkan kepada polis, bukannya menyembunyikan mayat si mati.

“Ini sekali gus menunjukkan niat tertuduh menutup jenayah yang dilakukannya,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Mohd Azhud telah melakukan bunuh terhadap Ahmad Azam Ahmad, 43, dengan cara memukul menggunakan sebatang buluh dan sebatang tebu serta memijak sehingga mengakibatkan kematian.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh yang ketika berusia 28 tahun di sebuah rumah di Kampung Bahagia, Teluk Intan sekitar jam 10 malam hingga 8 pagi pada 10 Ogos 2018.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fitri Sadarudin manakala tertuduh diwakili peguam, Gurbachan Singh.

Sepanjang perbicaraan kes itu, pihak pendakwaan telah memanggil 20 saksi manakala dua saksi lagi di pihak pembelaan.

Baca Lagi:
Selama ini tak tahu, ini 35 tips percutian yang jimat poket anda bersama keluarga
Menyesal ambil kakak sepupu tinggal bersama, akhirnya dia jadi madu aku
7 buaya terbesar di dunia yang pernah dijumpai manusia
CATEGORIES