Lelaki Thai aman sentosa tinggal bersama lapan isteri

Lelaki Thai aman sentosa tinggal bersama lapan isteri

Lelaki Thai aman sentosa bersama lapan isteri. Seorang artis seni tatu di Thailand menarik perhatian pengguna laman sosial selepas mendedahkan bahawa dia tinggal bersama lapan isteri mudanya yang sangat mesra antara satu sama lain di dalam sebuah rumah, lapor portal berita Oddity Central semalam.

Status perkahwinan lelaki bernama Ong Dam Sorot itu didedahkan ketika dia menghadiri satu temu bual yang diacarakan oleh seorang pelawak Thailand.

Sorot dikatakan berkahwin dan tinggal bersama kelapan-lapan isterinya dibawah satu bumbung yang menganggap diri mereka sebagai sebuah keluarga besar yang bahagia.

Lelaki Thai aman sentosa tinggal bersama lapan isteri

Menerusi rancangan yang sehingga kini mencecah tiga juta tontonan di Youtube itu, Sorot memperkenalkan setiap seorang isterinya dan bercakap mengenai cara mereka bertemu.

Kesemua isterinya menyifatkan suami mereka sebagai lelaki paling baik dan paling bertimbang rasa di dunia. Isteri-isterinya juga mengaku bergaul dengan baik sesama mereka.

Lelaki itu bertemu isteri pertamanya, Nong Sprite di majlis perkahwinan rakannya lalu dengan cepat meminta untuk dikahwinkan. Isteri kedua, Nong L bertemu dengannya di pasar, manakala isteri ketiga Nong Nan pula di hospital.

Sorot bertemu dengan isteri keempat, kelima dan keenamnya menerusi media sosial iaitu masing-masing di Instagram, Facebook dan TikTok. Isteri ketujuh, Nong Film pula ditemui semasa melawat kuil Phra Pathom Chedi bersama ibunya dan isteri kelapan, Nong Mai bertemu dengannya ketika dia bercuti di Pattaya bersama empat isterinya.

Dua daripada isterinya kini hamil dan dia sudah memiliki seorang anak lelaki daripada isteri pertamanya. Lapan isterinya tidur di dalam empat bilik tidur dengan dua orang dibahagikan dalam setiap satu bilik.

Kesemua isterinya dikatakan tidak mempunyai masalah untuk menunggu suami mereka bergilir tidur di dalam empat bilik tidur tersebut.

Baca Juga: Malu jadi lelaki kalau tak tahu 12 tips servis kereta ini
Cara hilangkan bau busuk dalam kereta, guna serbuk Nescafe saja, confirm jadi
Cara nak ‘Left’ group WhatsApp tanpa diketahui ahli lain
Ini cara mudah hilangkan kesan kuning pada Blender ramai orang tak tahu…
CATEGORIES
TAGS