Lelaki terselamat dari insiden tanah jerlus Masjid India kongsi bagaimana terbuka hati nak masuk Islam

Photo of author

By Joe

Lelaki terselamat dari insiden tanah jerlus Masjid India kongsi bagaimana terbuka hati nak masuk Islam. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengesahkan bahawa seorang lelaki yang hampir terjatuh ke dalam lubang benam di Masjid India minggu lalu telah memeluk agama Islam, lapor Berita Harian.

Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, yang turut membantu urusan lelaki tersebut yang dikenali sebagai Kalidass, 48, melafazkan dua kalimah syahadah di pejabat Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara di sini, dengan nama Islamnya, Haridath.

“ABIM mengesahkan bahawa Haridath memeluk Islam pada hari Isnin lalu. Beliau datang sendiri untuk bertemu kami dan menyatakan hasratnya itu.

Lelaki terselamat dari insiden tanah jerlus Masjid India kongsi bagaimana terbuka hati nak masuk Islam

“Beliau juga memaklumkan bahawa sudah lama berniat untuk memeluk Islam. Beliau hadir dalam keadaan bersedia, malah datang bersama dua saksi yang merupakan kenalannya.
“Peristiwa hampir terjatuh ke dalam lubang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India itu menjadi ‘wake up call’ untuk beliau agar tidak bertangguh lagi,” kata Ahmad Fahmi Mohd Samsudin kepada Berita Harian hari ini.

Dalam pertemuan di pejabat IOA Centre, Haridath turut berkongsi detik-detik mengerikan itu. Menurutnya, beliau mengenali wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang tersebut kerana sering datang melancong ke Malaysia.

Haridath berkata, suami wanita warga India itu berada tidak jauh di belakang mangsa, namun tidak kelihatan dalam rakaman CCTV yang tular di media sosial.

“Mungkin disebabkan kejadian tersebut, beliau mendapat hidayah daripada Allah SWT untuk membuka hati dan terus memeluk agama Islam,” kata Ahmad Fahmi.

Beliau berharap semua pihak memberi ruang kepada saudara baharu itu untuk bertenang dan menghormati privasi Haridath.

“ABIM menegaskan bahawa mempunyai agama adalah hak dan fitrah semula jadi manusia. Oleh itu, tiada siapa yang boleh dipaksa dalam perkara beragama.

“Kami juga mendoakan agar operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India dipermudahkan dan turut menzahirkan simpati kepada keluarga mangsa,” tambahnya.

Baca Lagi:
Penduduk kampung resah, ramai yang hilang duit secara tiba-tiba
Hilang kepercayaan terhadap Annuar Musa, Muafakat Nasional Sabah bubar
Kisah tukang masak kapal terperangkap 60 jam di dasar lautan