Lelaki terkilan tak tahu nak tidur mana, tempah hotel OYO di Traveloka, bila sampai hotel kunci tiada penghuni

Photo of author

By Joe

Lelaki terkilan tak tahu nak tidur mana, tempah hotel OYO di Traveloka, bila sampai hotel kunci tiada penghuni. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @iraesmee telah berkongsi pengalaman buruknya dengan sebuah hotel dipercayai di Nilai dan dia membuat tempahan hotel OYO itu di aplikasi Traveloka.

Menerusi perkongsiannya, dia terkejut apabila tiba di sana, hotel tersebut tutup dan berkunci seolah-olah sudah lama tidak beroperasi. Dia memilih hotel tersebut kerana mahu berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya.

Susulan itu, dia telah menghubungi pihak perkhidmatan pelanggan dan terpaksa menunggu untuk tindakan lanjut. Kemudian, dia mengambil keputusan untuk mencari hotel lain dan terkilan berdepan situasi seperti itu dan difahamkan dia telah mendapat refund.

Lelaki terkilan tak tahu nak tidur mana, tempah hotel OYO di Traveloka, bila sampai hotel kunci tiada penghuni

Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersimpati dengan nasibnya yang kena scam dengan pengendali hotel itu. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan pernah berdepan masalah sama apabila membuat tempahan hotel rangkaian OYO.

Malah, segelintir netizen yang pernah menempah hotel OYO juga mengatakan harga dibayar tidak setimpal dengan servis dan bilik diberi. Ada juga netizen menasihati mereka yang pernah ‘terkena’ dan mengalami perkara sama bolehlah membuat aduan kepada MOTAC.

Baca Lagi:
9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut
Bayaran Bantuan Aidilfitri RM350 & RM700 dikreditkan April kepada seluruh rakyat Malaysia
Demi ‘content’ TikTok, Wanita Islam sanggup makan kulit babi goreng