Lelaki terkejut nampak kelibat ‘pocong’ dalam kereta, rupanya..

Lelaki terkejut nampak kelibat ‘pocong’ dalam kereta, rupanya..

Lelaki terkejut nampak kelibat ‘pocong’ dalam kereta, rupanya… Seorang lelaki terkejut melihat kelibat ‘pocong’ yang sebenarnya merupakan sehelai baju sejuk yang diletakkan di dalam sebuah kereta perodua Axia tular baru-baru ini.

Menerusi video klip di TikTok yang dimuat naik Asyraf Adlan memaparkan baju sejuk yang berwarna putih telah disarungkan pada kerusi pemandu jelas seperti sosok seram tersebut.

“Sesiapa yang tinggal baju sejuk dalam kereta mohon jangan buat macam ini,” katanya di kapsyen.

Lelaki terkejut nampak kelibat 'pocong' dalam kereta, rupanya..

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai juga seram melihat kejadian itu.

“Kalau aku lalu situ, dah pengsan atas simen,” kata Aeirel.

“Seramnya, silap-silap tuan badan terkejut sama,” komen Rinnisa.

Orang ramai juga ada yang mendakwa tindakan pemilik kenderaan itu sangat wajar bagi mengelakkan kecurian.

@acapness♬ original sound – Asyraf adlan

“Bijak sungguh, ni antara cara nak mengelakkan dari kecurian,” komen Filter.

“Orang nak mencuri pun jadi takut, seram sangat,” kata Zaitun.

“Bolehlah tiru ni, boleh elak penyangak-penyangak,” Fadzil.

“Lagi-lagi kereta perempuan, memang sesuai lah buat gitu,” sampuk Lina.

Baca Lagi:
Anak Dr Maszlee Malik cemerlang di universiti Qatar, rupanya ini amalan yang selalu dibuat Nusaybah
Sanusi pesan kepada Mahfuz, jangan belanja habis duit pampasan
Warga emas jumpa berguni wang tunai ketika kemas rumah sendiri
CATEGORIES