Lelaki terkejut makan tengah hari di Ampang harga RM71.50 untuk dua orang

Lelaki terkejut makan tengah hari di Ampang harga RM71.50 untuk dua orang

Lelaki terkejut makan tengah hari di Ampang harga RM71.50 untuk dua orang. Seorang individu terkejut apabila dikenakan bayaran RM71.50 bagi makanan tengah hari yang dibeli di sebuah gerai makan dipercayai di Desa Pandan, Ampang baru-baru ini.

Beberapa keping gambar menunjukkan resit dan makanan untuk dua orang yang dianggap terlalu mahal dimuat naik di akaun Facebook Warga Ampang hari ini.

Menerusi kapsyen, individu itu mendakwa harga yang dikenakan iaitu RM28 dan RM32 sepinggan berserta beberapa lauk antaranya sotong, ikan serta ulam-ulaman.

“Terkejut Lunch Break (rehat tengah hari) kena RM28 dan RM37 (tidak termasuk air). Ambil sotong katanya kena caj RM2 seketul padahal sotong kecil-kecil. Dekat Desa Pandan,” ciapnya.

Lelaki terkejut makan tengah hari di Ampang harga RM71.50 untuk dua orang

Rata-rata netizen menyatakan harga yang dikenakan seperti tidak masuk akal.

“Saya penjual nasi berlauk, tapi kalah dah macam itu harga. Memang barang mahalm tetapi masih dapat cover lagi dengan benda lain. Atas (pemilik) kedai sebenarnya. Betul cakap Rafizi Ramli (Menteri Ekonomi), ada kedai guna alasan barang mahal untuk caj harga melampau,” kata Hazgary.

“Mahalnya, saya pernah beli sotong kecil seperti ini, ambil banyak tambah sayur harganya RM8 hingga RM9 di Kuala Lumpur,” kata Amalia.

“Dalam isu (harga) bagi saya, peniaga perlu sedia alternatif lain, contoh letak dalam satu mangkuk berserta harganya.

“Contohnya semangkuk kecil (lauk) RM5, jadi pelanggan boleh memilih ikut bajet masing-masing. Peniaga boleh elak pelanggan ambil lauk banyak seperti ini. Sebab nanti peniaga terpaksa letakkan harga mahal dan pelanggan akan marah,” ujar Asyraf.

Baca Lagi:
Bertahun kahwin aku masih dara, suami tak pernah sentuh tanda bukti dia sayangkan perempuan itu
Tindakan berani adik ini memancing di kolam The Mines, dapat ikan besar-besar bas
Jersi Terengganu 2023 tarik perhatian dunia, dikatakan mirip jersi terburuk kelab gergasi A.C.Milan
CATEGORIES