Lelaki terkejut kena kompaun tak masuk akal RM1,000 dari MPK

Lelaki terkejut kena kompaun tak masuk akal RM1,000 dari MPK

Lelaki terkejut kena kompaun tak masuk akal RM1,000 dari MPK. Kira-kira 30 pemilik kenderaan mempersoal tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,000 kerana meletakkan kenderaan di padang di Dewan Eng Ann, Taman Eng Ann disini.

Mereka meletakkan kenderaan itu selepas menghadiri pertandingan taekwando di dewan berkenaan yang dianjurkan peringkat daerah.

Seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Nantharajan, 43, berkata, dia terkejut selepas melihat jumlah saman yang dikeluarkan MPK itu.

Lelaki terkejut kena kompaun tak masuk akal RM1,000 dari MPK

“Saya pelik kerana program yang dihadiri hari ini adalah pada hari cuti iaitu hari Ahad. Jumlah kompaun itu sangat tidak masuk akal.
“Kebanyakan yang hadir pada hari ini adalah ibu bapa dari pelbagai sekolah di seluruh daerah ini, memandangkan kawasan ini adalah taman perumahan dan pada itu tidak mempunya papan tanda larangan memakir kenderaan ianya amat tidak adil kepada kami,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna yang mahu dikenali sebagai Hafiz, 37, meluahkan rasa kekecewaan keatas sikap tidak bertimbang rasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

“Saya sangat kesal. Mereka sepatutnya bertimbang rasa kerana padang itu adalah hak milik awam, memang mempunyai akses jalan untuk letak di kawasan pinggir padang.

“Sepatutnya penguatkuasa boleh memberi amaran dengan membuat pengumuman terlebih dahulu kerana kami hanya berada di dalam dewan berkenaan,” katanya.

Katanya, dia memohon Yang Dipertua (YDP) MPk untuk mengambil tindakan sewajarnya susulan pengeluaran kompaun yang tidak adil dan jumlah yang tinggi itu.

“Kami mohon MPK lebih bertimbang rasa. Jumlah RM1,000 bukanlah jumlah yang sedikit, bayangkan jika hampir semua kenderaan yang dipakir dikenakan kompaun,” katanya.

Sementara itu, pihak MPK ketika dihubungi akan berhubung dengan jabatan berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian.

Baca Lagi:
Puteri Sarah Liyana: Ini latar belakang wanita terkenal di Malaysia sekarang
Penjawat awam suami orang dicekup di rumah janda anak dua
Selepas 17 tahun drama ‘bawang putih bawang merah’, wajah terkini bawang putih jadi perhatian dunia
CATEGORIES