Lelaki terkejut beli peti sejuk terpakai percuma duit RM400,000

Photo of author

By Joe

Lelaki terkejut beli peti sejuk terpakai percuma duit RM400,000. Jika anda membeli sesuatu barang terpakai dan kemudian menemui benda berharga yang tersembunyi dalam barang tersebut, apakah yang akan anda lakukan?

Menurut laporan MBC News, ketika seorang lelaki di Korea Selatan sedang membersihkan peti sejuk tersebut.

Dia secara tidak sengaja telah menemui kira-kira 2,200 keping wang kertas yang kesemuanya bernilai 110 juta won atau lebih kurang RM401,000 yang diletakkan di bahagian bawah peti sejuk tersebut.

Lelaki terkejut beli peti sejuk terpakai percuma duit RM400,000

Walaupun terkejut dengan penemuan duit tersebut, lelaki ini akhirnya membuat keputusan untuk membawa kesemua duit tersebut ke balai polis dan membuat laporan mengenai penemuannya pada 6 Ogos yang lepas. Pihak polis kemudian membuat siasatan dan memanggil penjual dan pembeli untuk diambil keterangan termasuk orang yang menyerahkan peti sejuk tersebut kepada pembeli.

Menurut Akta Hilang dan Jumpa di Korea Selatan, sekiranya pemilik asal tidak muncul atau tidak dapat ditemui dalam tempoh 6 bulan, maka barangan tersebut akan diserahkan kepada orang atau pihak yang menemuinya dan dia mesti membayar cukai sebanyak 22 peratus dari nilai barangan tersebut.

Jika pemilik asal muncul dan berjaya ditemui, pampasan antara 5 hingga 20 peratus mesti diberikan kepada pihak yang menemuinya. Namun jika duit itu didapati mempunyai kaitan dengan sebarang jenayah, maka duit itu akan menjadi hak milik negeri.

Baca Lagi:
“Pelik tapi benar”, Engineer suka pakai lampin ke tempat kerja kerana mahu jadi bayi
Suami isteri terkejut dapat durian runtuh jumpa sampah bernilai RM2.17 juta
Pemandu e-hailing OKU dakwa dipukul dengan pegawai pengiring