Lelaki terkejut bakal isteri ditangkap khalwat dengan 6 lelaki, tak jadi nak kahwin mahu tuntut ganti rugi. Sudah menjadi trend dalam kalangan golongan muda hari ini, bakal pengantin, sama ada lelaki atau perempuan, akan diraikan dalam satu acara khas sebelum mereka mengakhiri zaman bujang.
Dikenali sebagai parti bachelor atau bachelorette (parti bujang), ia adalah budaya barat yang semakin diterima oleh segelintir pihak di Malaysia dengan prinsip ‘berfikiran terbuka’.
Namun, ini termasuklah tunang kepada seorang lelaki yang akhirnya menghadapi akibat buruk akibat tindakan tersebut, yang memakan diri sendiri.
Berkongsi cerita, pemuda berkenaan terkejut apabila tunangnya ditangkap khalwat bersama beberapa lelaki di sebuah lokasi yang tidak didedahkannya.
“Tunang aku ditangkap basah dalam hotel dengan seorang perempuan dan enam lelaki,” katanya dalam satu luahan di laman X.
Susulan kejadian tersebut, lelaki itu berkata dia kini didesak untuk mempercepatkan majlis perkahwinan demi menjaga aib tunangnya yang ditangkap khalwat.
“Mak, abang dia sibuk telefon aku suruh kahwin dengan dia sebab nak jaga air muka,” ujarnya.
Mengimbas kembali sebelum kejadian, lelaki itu berkata dia pernah memberi nasihat dan amaran kepada tunangnya supaya menjaga batas pergaulan jika mahu merancang untuk mengadakan parti sedemikian.
“Aku beritahu dia, parti bachelorette jangan dibuat pada waktu malam, buatlah pada siang hari di restoran sebab dia cakap nak staycation.
“Aku memang marah, tapi aku lebih bersyukur sebab kejadian ini berlaku sebelum kami berkahwin,” jelasnya.
Menurut pemuda itu, sikap tunangnya yang sering mengamalkan pergaulan bebas bukanlah perkara baharu, malah dia pernah mengungkapkannya.
“Isu ini dah lama berlarutan. Lepak dengan kawan lelaki sampai pagi buta. Kawan-kawan tahu semua tentang waktu dia period, dah habis period. Dilayan macam puteri katanya.
“Mak dia pun biarkan sebab sejak kecil, kawan-kawan malu nak tegur sebab mak ayah dah kenal. Aku bodoh sebab terlalu cintakan dia sebelum ini,” katanya yang tidak mahu lagi melayan kebodohan tersebut.
Malah, dia juga enggan meneruskan perkahwinannya bersama tunang yang sepatutnya berlangsung seperti yang dirancang.
“Biar perempuan tu bayar balik semua. Kalau tak nak bayar, selesai di mahkamah. Duit tunang pun aku akan tuntut semua,” katanya dengan tegas.
Sebagai peringatan, elakkan diri daripada menghampiri zina kerana perbuatan zina dilarang dalam Islam. Oleh itu, semua perlu menjauhinya.
Menerusi ruangan komen, luahan tersebut jelas mengejutkan warga maya yang menunjukkan rasa simpati kerana insiden ini berlaku menjelang hari perkahwinannya.
“Nasib baik dapat tahu sebelum berkahwin. Tapi sakitnya hati apabila mendapat tahu.
“Wow, nafsu apa sampai enam lelaki dilayan? Tindakan bijak, jangan jadi pak sanggup.
“Ada manusia yang memang tidak guna akal kerana suka ikut kehendak sendiri. Bersyukurlah kejadian ini berlaku sebelum berkahwin. Kalau dah berkahwin nanti susah nak didik sebab dari awal dia dibiar begitu. Untuk kamu, carilah kebahagiaan dengan wanita yang lebih baik,” komen warga maya.