Lelaki terkejut 3 pinggan nasi campur berharga RM156.50

Photo of author

By Joe

Lelaki terkejut 3 pinggan nasi campur berharga RM156.50. Baru-baru ini, seorang lelaki mendedahkan bahawa sebuah restoran mengenakan caj makanan diambilnya dengan harga yang sangat mahal.

Menerusi gambar yang dikongsi oleh Rhino Kl dalam satu group di Facebook, kelihatan beliau mengambil tiga pinggan nasi campur.

Setiap pinggan tersebut mengandungi dua jenis lauk utama serta kuah dan sayur. Antara lauk yang diambilnya termasuk ayam goreng, sotong, dan daging.

Lelaki terkejut 3 pinggan nasi campur berharga RM156.50

Namun, ramai terkejut apabila melihat harga yang perlu dibayarnya selepas melihat resit pembayaran yang dikongsi oleh lelaki tersebut.

Tiga pinggan nasi campur berharga RM156.50.

Menerusi resit pembayaran itu, jelas tertera bahawa harga kesemua tiga pinggan nasi campur tersebut ialah RM156.50.

Komen dari pengguna lain menunjukkan bahawa kemungkinan harga nasi campur tersebut menjadi mahal disebabkan oleh banyaknya sotong yang diambil dalam salah satu pinggan.

Apa pendapat korang, mahal atau berbaloi tiga pinggan nasi campur dengan harga RM156.50?

Lelaki terkejut 3 pinggan nasi campur berharga RM156.50

Baca Lagi:
“Buah free, siapa nak makan boleh ambil”- Cara pemilik pokok rambutan sedekah buah raih pujian ramai
Rupanya dah banyak restoran buat, ini cara cuci minyak masak terpakai jadi jernih semula
‘Walaun’ sebar berita palsu di FB kena kompaun RM25,000