Lelaki terima ganti rugi RM3.1 juta dari kerajaan Malaysia selepas insiden tersilap potong alat sulit ketika “khatan”

Lelaki terima ganti rugi RM3.1 juta dari kerajaan Malaysia selepas insiden tersilap potong alat sulit ketika “khatan”

Lelaki terima ganti rugi RM3.1 juta dari kerajaan Malaysia selepas insiden tersilap potong alat sulit ketika “khatan”.

Seorang lelaki berusia 22 tahun yang kepala alat sulitnya terpotong ketika berkhatan 12 tahun lalu, memperoleh ganti rugi RM3.1 juta selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan tuntutan samannya terhadap kerajaan Malaysia dan empat lagi.

Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor.

Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas memutuskan semua defendan melakukan kecuaian terhadap keadaan yang dialami oleh lelaki itu selaku plaintif.

images 8

Beliau berkata, mahkamah membenarkan ganti rugi khas seperti dinyatakan dalam pliding iaitu RM108,356, ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000, ganti rugi teladan RM500,000 dan kos RM100,000 dibayar kepada plaintif oleh semua defendan.

Akhtar membuat keputusan itu dalam prosiding dalam talian menerusi aplikasi Zoom yang turut disertai peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar bagi pihak plaintif dan Peguam Persekutuan Saravanan Kuppusamy mewakili defendan.

Seramai tiga saksi plaintif dan lima saksi defendan memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 22 Sept 2020, lapor Bernama.

Screen Shot 2017 01 02 at 10.07.57 1068x527 1

Zainuddin dan Saravanan ketika dihubungi pemberita mengesahkan keputusan hari ini.

Saravanan bagaimanapun berkata, pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut sama ada mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Pada 20 Feb 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan defendan untuk membatalkan saman itu.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Feb 2020 mengarahkan kes itu dibicarakan selepas membenarkan rayuan plaintif untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 19 Julai 2018, plaintif memfailkan saman menerusi ibunya dan mendakwa proses berkhatan pada 13 Dis 2010 adalah tidak mengikut prosedur ditetapkan apabila keseluruhan kepala alat sulitnya dipotong menyebabkan beliau mengalami kecacatan kekal apabila kemaluannya tidak dapat disambung semula.

Akibat kecacatan kekal itu, plaintif yang ketika kejadian berusia 10 tahun berubah sikap menjadi amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya.

Baca Lagi:

5 dosa anak kepada ibu yang dianggap perkara biasa tanpa disedari

Gaji RM17,000 sebulan pun masih lagi mahu rompak bank..

Bekas pelajar terkejut temui guru yang mengajarnya dahulu merempat di Stesen Keretapi jadi gelandangan

CATEGORIES