Lelaki takut bini ‘rasuah’ tukang baiki biar telefon rosak , takut rahsia terbongkar

Lelaki takut bini ‘rasuah’ tukang baiki biar telefon rosak , takut rahsia terbongkar

Lelaki takut bini ‘rasuah’ tukang baiki biar telefon rosak , takut rahsia terbongkar. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi dialami seorang tukang baiki telefon bimbit yang keliru kerana menerima sekeping nota daripada pelanggannya meminta dia tidak membaiki peranti itu dengan sempurna.

Ini bagi mengelakkan rahsia pelanggan tersebut daripada diketahui si isteri.

Menurut laman berita Merdeka, tukang baiki telefon bimbit itu berkongsi paparan imej yang menunjukkan nota diterima beserta wang sebanyak 150,000 rupiah (RM45) di bahagian dalam peranti tersebut.

Lelaki takut bini, 'rasuah' tukang baiki biar telefon rosak , takut rahsia terbongkar

Wang itu diberikan sebagai tanda terima kasih kerana melakukan seperti yang diminta pelanggan.

“Encik, tolong jangan baiki telefon bimbit ini dengan betul. Nanti isteri saya yang akan mengambil (telefon bimbit), dan dia akan periksa (telefon bimbit) dengan teliti,” demikian menurut pesanan pada nota itu.

Lelaki takut bini, 'rasuah' tukang baiki biar telefon rosak , takut rahsia terbongkar

Hantaran itu menjadi tular di laman Twitter dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Tukang baiki telefon jadi bingung. Ditolong berdosa, tidak ditolong pula, duit telah diberi namun tetap berdosa,” kata seorang pengguna.

“Bingung kalau saya yang jadi tukang servis,” kata seorang lagi netizen.

Baca Lagi:
Pelajar junior dakwa diliwat hampir 2 jam dengan pelajar senior dalam bilik asrama
PRU15: ‘Saya akan bertanding di kerusi pengkhianat’ – Anwar Ibrahim
Desas-desus bekas ketua polis negara jadi calon GTA bertanding di Parlimen Rembau?
CATEGORIES