Lelaki samakan dirinya dengan Datuk K, bakal cipta sejarah dalam keluarganya kahwin dua guna duit KWSP

Lelaki samakan dirinya dengan Datuk K, bakal cipta sejarah dalam keluarganya kahwin dua guna duit KWSP

Lelaki samakan dirinya dengan Datuk K, bakal cipta sejarah dalam keluarganya kahwin dua guna duit KWSP. Dia boleh samakan dirinya dengan Datok K, sedangkan datok tu banyak harta, dan isterinya pun berduit. Dia boleh jawab, bakal isterinya juga sudah berjanji akan membantunya, kerana dia tahu dia akan bersara tak lama lagi dan akan dapat banyak duit. Aduh nak pengsan saya dengar pengakuannya.

#Foto sekadar hiasan. Sejak beberapa tahun ini saya mula tertarik membaca kisah – kisah kehidupan. Sebabnya saya tak ada tempat nak bercakap apa lagi mengadu disebabkan perangai suami saya yang semakin hari semakin teruk. Bayangkan kalau biasanya, ramai lelaki semakin mereka hampir bersara atau berhenti kerja, mereka semakin mendekatkan diri dengan kawan – kawan yang rajin ke surau ataupun ke masjid, tetapi suami saya berbeza, sem4kin tua semakin menjadi jadi miangnya.

Sebenarnya memang dari mula kahwin lagi dia miang, tetapi tak berapa terok seperti sekarang ini. Pantang ada waktu mesti keluar dengan kawan, paling tidak duduk di rumah mulalah berangan, kalau telefon tak lekang di tangan. Jarinya sentiasa menekan telefon. Bukan saya saja perasan perubahannya, malah anak – anak pun hairan. Suka termenung dan ketawa sendirian.

Lelaki samakan dirinya dengan Datuk K, bakal cipta sejarah dalam keluarganya kahwin dua guna duit KWSP

Pernah saya nasihatkan daripada duduk termenung baiklah ke surau. Kalau masa muda sentiasa sibuk, dah tua berubahlah, tetapi maIangnya sem4kin hari sem4kin teruk. Biasanya saya akan di marah kerana menasihatkannya.

Dan akhir – akhir ini dia mula sibuk bercakap pasal nak kahwin lagi, terk3jut saya, Saya nasihatkan dia apakah dia dah habis fikir, umur sem4kin tua, bukannya lagi muda, lagi pun mana nak ambil duit nak kahwin lagi, kerana pendapatannya bukan banyak sangat.

Lebih meny4kitkan hati, apakah dia fikir selama ini dia sendiri sahajakah menghidupkan keluarga ini, tanpa bantuan saya, malah saya kira saya berbelanja lebih banyak daripada dia. Bukan nak membanggakan diri, sebenarnya gaji saya lebih banyak daripada dia, tetapi dia tak sedar diri nak kahwin lagi. Siapa tak s4kit hati.

Dengan rasa tak malu dia boleh jawab dia mampu untuk kahwin lagi. Mendidih dar4h saya, dia buat saya s4kit hati, sebab dia tahu anak – anak dah besar ada yang dah masuk kolej, jadi dia boleh lepas tangan, memang pun selama ini dia lepas tangan, semua belanja sekolah dan duit saku anak – anak saya yang uruskan bukan dia.

Bila saya nasihatkan bahawa dia dah tua. Dengan tak tahu malu dia boleh samakan dirinya dengan Datok K, katanya datok tu pun dah tua, tapi masih boleh kahwin anak dar4, apa kurangnya dia. Taklah setua Datok K.

Sekali lagi saya terk3jut. Dia boleh samakan dirinya dengan Datok K, sedangkan datok tu banyak harta, dan isterinya pun berduit, maklumlah penyanyi terkenal. Dia boleh jawab, bakal isterinya juga sudah berjanji akan membantunya, kerana dia tahu dia akan bersara tak lama lagi dan akan dapat banyak duit. Aduh nak pengsan saya dengar pengakuannya. Memang jenis muka tak tahu malu, tak ukur baju di badan sendiri.

Sebenarnya saya tak salahkan gadis – gadis kalau mereka tergiIa – giIakan suami orang, sebenarnya suami kita juga gatal dan miang tak habis – habis. Suami kita yang buka langkah berhajat nak kahwin lagi. Sem4kin berusia sepatutnya berakal fikirkan masa depan keluarga dan anak – anak, tapi dia tidak, masih tercari – cari kehidupan baru yang kononnya lebih gembirakan hidupnya. Dia cuma fikirkan masa depannya, keseronokannya dan kebahagiannya.

Macam kes suami saya Zamani, pada awalnya memang saya tak tahu perubahan per4ngainya, tetapi setahun lagi nak bersara ada hajat nak kahwin lagi. Mulanya saya tak sedar perubahannya, yang saya nampak dia suka sangat bergayut dengan telefon dan menghantar mesej. Saya fikirkan tentulah pasal kerja. Tapi kerja macam dia pun tak banyak pakai telefon.

Kerana keanehan kelakuannya giIa bermesej membuatkan hati saya tertanya – tanya. Mulanya saya diam juga tapi dia sem4kin gaIak dan rancak dia menghantar mesej. Akhirnya naluri ingin tahu mem4ksa saya membuka telefonnya, nak tengok apa mesej yang dia hantar. Sebab bila kita tanya dia kata mesej dengan kekawan aja. Tetapi alangkah terk3jutnya saya bila saya baca dia panggil sayang pada gadis tu, siap dengan pantun rindu dend4m, curahan cinta dan kasih sayangnya.

Terk3jut saya sebab tak sangka dia boleh hantar mesej macam tu kepada anak gadis. Hati saya tertanya – tanya sejak bila dia bercinta, dengan siapa dan baru saya teringat keanehan tingkah lakunya yang sentiasa bawa telefonnya hinggakan ke dalam tandas. Entah mengapa hari itu, Allah nak bukakan mata saya, dia boleh terlupa tertinggal di dapur ketika dia naik mandi ke atas.

Saya tengok tidak ada nama lain yang dia hantar mesej melainkan Jun. Zamani terk3jut bila dia tengok saya membelek telefonnya. Dia tak dapat jawab bila saya tanya siapa perempuan tu. Akhirnya barulah dia mengaku kata dj radio.

Lagi saya terk3jut sejak bila dia bercinta dengan dj radio tu. Awak dah tua dah nak bersara boleh nak bercinta lagi. Katanya dj tu memang cintakan dia dan dia dah berjanji nak kahwin. Tak ke terk3jut saya dengan pengakuannya.

Seminggu saya tak lalu makan, nak pergi kerja pun dah tak ada mood, tapi kalau saya berhenti kerja memanglah saya bod0h. Suami dah buat hal. Dekat sebulan saya berfikir bagaimana cara nak kenal dengan dj radio tu. Kebetulan ada pulak majlis sambutan khas untuk pendengar radio baru – baru ini apa lagi saya ambil peluang berjumpa dengan dj tu.

Saya tak lepas peluang ikut Zamani, tujuan saya nak cari dj tu nak tanya dari hati ke hati betul ke dia nak kahwin dengan Zamani, kalau betul saya minta dia pujuk Zamani supaya ceraikan saya. Saya tak rela bermadu.

Setelah berfikir panjang saya juga berterus – terang dengan Zamani kalau dia nak kahwin lagi saya tak larang, kahwinlah, tapi ceraikan saya dulu. Sebab setelah lama berfikir saya rasa tak ada gunanya saya pertah4nkan Zamani dia memang kacang lupakan kulit, memang tak tahu di untung, selama ini saya jaga maru4hnya, saya jaga makan minumnya, sayalah yang membiayai sekolah anak – anak, saya langsaikan hutang puitangnya, tapi ini baIasannya kepada saya setelah nak bersara. Maklum nak dapat banyak duit, KWSP lagi.

Dulu masa kami nak kahwin, memang emak saya tanya bolehkah saya terima dia kerana saya berkelulusan sedangkan dia tidak, tapi cinta punya pasal pujuk rayunya membeIah jiwa, akhir saya terima dia sebagai suami. Dan memang benar lepas tiga tahun kahwin dia berhenti kerja.

Tetapi maIangnya, dan jadikan cerita dia berhasrat nak jadi orang bisnes supaya hidup kami lebih senang. Mulanya saya Iarang sebab dia tak berpengalaman, katanya pengalaman boleh dicari setelah berniaga, dan dia ada kawan – kawan nak tolong buat bisnes.

Dengan sedikit duit pamp4san berhenti kerja dia bagi kawan nak buka bisnes, bukan seorang tapi dua orang. Saya minta sedikit duit untuk simpanan bila susah nanti. Tapi dia ugvt saya katanya, saya nak RM5,000 ke atau nak senang hidup sampai mati? Sebab, katanya kalau bisnes dia maju nanti saya juga yang senang. Tapi maIangnya lepas enam bulan kawan pulak hilang, bisnes terbengkaIai lebih maIang, duit hilang.

Kerana tak puas hati, dia suruh saya pinjam bank, memang saya enggan, tapi siang malam memujuk, katanya waktu dia susah saya mesti tolong, nanti dia senang saya jugak yang mewah. Dia tak cari emak bapak dan adik beradiknya minta tolong, isteri juga yang dia p4ksa carikan duit untuk dia mulakan perniagaannya.

Walaupun hati menolak, tetapi tak berdaya akhirnya saya pinjam bank, waktu itu anak dah nak masuk tiga, hidup waktu itu memang susah, mana nak makan, nak bayar sewa rumah, nak bayar bank nak beli susu anak tambah – tambah suami tak berkerja, hinggakan duit rok0k pun kita kena beli. Saya berhempas pulas nak hidup.

Waktu itulah setiap benda yang boleh dijadikan duit saya jual dan saya gadai, semua barang kemas yang saya beli semasa bekerja dan hadiah emak, saya jual dan duitnya saya bagi Zamani untuk dia buat bisnesnya dan untuk belanja hidup kami. Lepas dua tahun bisnes yang dibuatnya pun h4ncur, akhirnya saya cadangkan dia cari kerja saja dan sementara itu dia jagalah anak di rumah, saya boleh jimatkan duit daripada membayar upah orang jadi pengasuh jaga anak – anak.

Lepas setahun duduk rumah jaga anak dia dapat kerja dengan syarik4t swasta, barulah terasa lega sikit. Waktu itu saya nampak dia betul – betul lega ada duit sendiri setelah sekian lama tak bekerja. Dia juga insaf tak mahu buat bisnes yang dia tak tahu dan tak mahu percayakan orang hingga kena tipu lagi. Adalah enam tujuh tahun dia insaf lepas tu mula jumpa kawan nak bincang pasal bisnes lagi, saya ingatkan dia tentang janjinya, biarlah kita bersara dengan sedikit duit KWSP dan pencen saya, anak – anak kita bagi sekolah dan biarlah mereka berdikari.

Tapi dia masih tak puas hati, gajinya tak seberapa, sedangkan gaji saya lebih tinggi. Katanya kalau dia buat bisnes tentu banyak duit. Kalau berjaya, kalau gagal macam mana? Sedangkan hutang bank belum langsai. Selesai hutang bank saya belikan dia kereta untuk mudahkan dia pergi kerja kerana jauh, sedangkan saya berk0rban boleh naik bas, lagi pun saya tak pandai pandu kereta dan dia pun tak galakkan. Konon boleh hantar dan ambil saya di tempat kerja.

Lepas tu saya buat pinjaman beli rumah, saya rasa bila dah ada rumah sendiri dan ada kereta bolehlah kami hidup senang, kerana anak – anak pun dah besar dan nak dah masuk U. Tapi Zamani ada perancangan lain demi untuk kesenangan hidupnya sendiri.

Selepas beberapa bulan kami berselisih faham akhirnya Zamani minta izin saya untuk kahwin lagi, katanya dia tak boleh hidup tanpa dj tu. Nak jadikan cerita semasa temasya itulah saya bertemu dengan dj tu orangnya masih muda boleh dipanggil anak. Saya terk3jut macam mana dia boleh nak kahwin dengan Zamani yang dah tua nak bersara setahun lagi, tidak kaya, bukan Datuk dan tak berharta.

Setelah kenalkan diri, saya tanya dj ni betul ke dia nak kahwin dengan Zamani. Saya terk3jut bila dj tu bagi tahu dia tak kenal pun suami saya dan dia sudah bertunang dan nak kahwin tak lama lagi. Dia mengaku selalu terima mesej Zamani setiap jam dalam sehari. Lantas dia kenalkan tunangnya dengan saya.

Malah dj ini beritahu tunangnya pernah beri amaran kepada Zamani jangan ganggu dj ni lagi, tapi Zamani tak percaya. Kerana tak sabar lagi saya bawa Zamani ke gerai dj tersebut dan mereka berkenalan. Terkejut beruk Zamani, merah padam muka bila dj tu panggil dia pakcik dan mengenalkan dengan tunangnya.

Saya fikirkan lepas peristiwa itu tentu tamat drama mereka, rupanya Zamani bercinta lagi dengan dj baru di stesen radio lain pulak. Dia sanggup beli telefon baru guna pre-paid khas untuk dj tersebut supaya saya tak boleh kesan panggiIannya. Saya dah meluat dengan telatahnya yang tak pernah insaf semasa tak bekerja dulu.

Baru – baru ni dia balik kampung dan memberitahu emaknya bahawa dia akan mencipta sejarah dalam keluarganya sebagai anak emaknya yang pertama kahwin dua. Saya beritahu emaknya, Zamani juga akan cipta sejarah lebih hebat lagi dalam keluarganya kerana saya akan minta cerai dari dia kalau dia nak kahwin lagi sebab dia tak mampu nak kahwin dua, kerana selama ini saya yang tanggung dia.

Dia berangan nak kahwin lagi sebab nak dapat duit KWSP bila bersara nanti sebab itu dia kata mampu sedangkan duit yang bakal di terimanya tak sampai RM100,000. Berapa hari dia nak hidup dengan duit sebanyak tu? Saya tak mahu tanggung dia dan hutang – hutangnya lagi kalau dia nak kahwin lagi, saya rasa saya boleh berdikari dan mampu sara anak – anak sampai habis U. Tapi dia tak mahu ceraikan saya.

Dia beritahu anak – anaknya sebab nak kahwin lagi kerana saya tidak mahu bantunya, buat bisnes tak bagi pinjam duit. Saya beritahu Zamani siapa yang tolong masa dia buat bisnes dulu, siapa tanggung makan minum kami sekeluarga semasa dia tak bekerja beberapa tahun. Siapa belikan dia kereta, pinjam duit bank bagi dia pinjam dulu, dan mana perginya barang kemas saya yang digadainya itu.

Dia memang dah lupa dar4tan kerana teringin sangat nak kahwin dan bakal terima duit KWSP yang tak sebanyak mana tu. Saya ingatkan anak – anak supaya bersedia ditakdirkan kami bercerai nanti, sebab saya tak boleh sehidup semati dengan orang yang tak sedar diuntung dan jadi kacang lupakan kulit ini.

Baca Lagi:
Satu kampung bakal bergelar jutawan, harga tanah cecah RM2.7 juta
Kisah satu keluarga mencuri, mak ajar kami curi duit seringgit sehari
30 negara rancang hantar aset perang laut dan udara Malaysia
CATEGORIES