Lelaki rompak 50 buah rumah hanya guna burung merpati

Photo of author

By Joe

Lelaki rompak 50 buah rumah hanya guna burung merpati. Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan selepas didakwa menggunakan burung merpati untuk merompak lebih 50 buah rumah di bandar Bengaluru, lapor akhbar Times of India semalam.

Polis berkata, suspek yang dikenali sebagai Manjunath, telah memasang kamera pengintip pada burung-burung merpati peliharaannya.

“Dia akan membawa satu atau dua merpati untuk mencari kediaman, khususnya apartmen bertingkat yang mempunyai kawalan keselamatan yang longgar.

Lelaki rompak 50 buah rumah hanya guna burung merpati

“Burung-burung itu akan terbang dan hinggap di atas bumbung atau balkoni sejurus selepas ia dilepaskan oleh suspek.
“Jika seseorang menyoalnya, suspek akan berkata bahawa dia sedang menangkap burung merpatinya,” kata polis.

Manjunath didakwa memecah masuk ke kediaman dengan menggunakan batang besi dan mencuri pelbagai barangan berharga seperti barang kemas, emas, dan wang tunai.

Pihak berkuasa turut merampas kira-kira 475 gram emas bernilai 3 juta rupee (RM153,215) dan sebuah skuter.

“Penahanan Manjunath melegakan penduduk di kawasan kejiranan itu. Dia akan berdepan hukuman berat yang setimpal,” tambah polis.

Baca Lagi:
Suami saksi detik ngeri isteri maut dalam insiden lif terhempas
Luar biasa! Aina Abdul angkut 30 peminat setia naik bas datang ke ABPBH
Pelakon suara Doraemon meninggal dunia