Lelaki rogol budak 13 tahun hingga lahirkan bayi

Lelaki rogol budak 13 tahun hingga lahirkan bayi

Lelaki rogol budak 13 tahun hingga lahirkan bayi. Seorang pekerja pembersihan dihukum penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun sehingga melahirkan bayi lelaki, November lalu.

Hakim Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Ali, 47, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Ali yang juga pemegang pasport warga Indonesia didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun ketika kejadian di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit di Semporna, 4 petang, 2 April tahun lalu.

Lelaki rogol budak 13 tahun hingga lahirkan bayi

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Suhaimi dalam hujahnya memohon hukuman berat ke atas tertuduh mengambil kira faktor kepentingan awam selain kesan trauma dialami mangsa selepas dirogol tertuduh.

Katanya, mangsa dalam kes ini yang masih bersekolah sepatutnya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak perempuan lain namun terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ibu dalam usia yang sangat muda.

“Laporan daripada Jabatan Kimia juga mengesahkan tertuduh adalah bapa kandung bayi terbabit.
“Pendakwaan juga mengambil kira faktor tertuduh dalam kes ini adalah warga asing yang masuk ke negara ini sewajarnya dijatuhi hukuman berat selain perlu diusir pulang ke negara asal,” tegasnya.

Hakim kemudiannya memerintahkan tertuduh dipenjara selama lapan tahun dan empat sebatan bermula dari tarikh tangkapan selain diusir pulang ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh disyaki merogol mangsa yang ketika itu sedang tidur bersendirian di rumahnya kira-kira 4 petang pada 2 April tahun lalu.

Tertuduh bagaimanapun ditangkap pada 21 November lalu selepas mangsa mengadu sakit perut sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tawau.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengandung 38 minggu dan selamat melahirkan bayi lelaki sebelum mendedahkan dia telah dirogol oleh tertuduh.

Baca Lagi:
Video senaman punggung Ifa Raziah dan Aliff Syukri jadi perhatian, ‘netizen minta perbanyakkan lagi buat video macam ni’
Kartun The Simpsons ramal gelombang air pasang besar landa Kuala Lumpur, 120 orang terbunuh
Lelaki tengking manager stesen minyak selepas disuruh bayar dahulu sebelum isi
CATEGORIES