Lelaki rakam dengan jelas ‘penanggal’ muncul pukul 4 pagi di Kedah. Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang dikongsikan oleh @loyaltyminn, memaparkan entiti misteri yang kelihatan seperti ‘bebola api’.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kedah pada jam 4 pagi dan ramai netizen memberi komen bahawa ‘entiti misteri’ yang dirakamnya itu sebenarnya adalah ‘penanggal’.
“Jam 4 pagi, ada yang tahu ke benda apa ni? Suara jeritan jelas,” tulisnya di ruangan kapsyen
Apa yang lebih menakutkan apabila selepas entiti penanggal itu hilang daripada pandangan terus kedengaran seperti satu suara jeritan yang sangat kuat.
“Uish, Allah, jelas weh!” kata lelaki itu selepas mendengar jeritan tersebut.
Menerusi video tersebut, selepas sahaja ‘penanggal’ itu menjerit, tidak lama kemudian anjing turut menyalak.
“Benda ni kalau kita tegur memang akan hilang” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.
@loyaltyminn JAM 4pagi’ ada yang tahu ke benda apa ni? suara jeritan jelas !! #paranormal #haunting #puaka #minhantwo #hantwo #offrecord ♬ original sound – MinH☠︎︎ntwo
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 480.5K views, 178.8K likes dan 5.7K comments di TikTok.
Meremang bulu roma admin lepas dengar ‘penanggal’ tu menjerit.