Lelaki putus angin nak makan sup kaki ayam ‘zombie’

Lelaki putus angin nak makan sup kaki ayam ‘zombie’

Lelaki putus angin nak makan sup kaki ayam ‘zombie’. Seorang lelaki mendakwa dirinya telah membeli sup kaki ayam yang tidak dipotong kuku di sebuah bazar Ramadan, petang tadi.

Menerusi Facebook, hantaran berserta gambar juadah daripada pengguna dikenali Fakhrurazi Mohammad itu telah mencuri perhatian ramai pengguna.

Baru saja memuat naik hantaran tersebut kira-kira sejam yang lalu, setakat ini lebih 3,800 pengguna di platform berkenaan telah menzahirkan pelbagai reaksi seiring dengan komen yang tidak putus sejak dari tadi.

Lelaki putus angin nak makan sup kaki ayam 'zombie'

“Teringin nak makan kaki ayam. Tengok di bazar tadi nampak sedap.

“Balik rumah sekali tengok kaki hantu. Putus angin nak makan kaki macam ni,” tulisnya.

Sehubungan itu, ramai pengguna dilihat tidak berpuas hati dengan sikap peniaga yang memandang remeh tentang kebersihan penyediaan makanan selain mempersoalkan keberkatan rezeki mereka pada bulan Ramadan.

“Ya Allah, kuku tak potong dah macam jari zombie gamaknya,” ujar Nitafandi Nita.

“Pernah juga anak beli martabak kuah kari ayam, dapat pakej sekali kaki ayam dalam kuah kari. Bila nak makan baru perasan kuku tajam tak potong. Terus hilang selera makan. Bulan puasa mana adab berniaga?,” soal Rodyawati Mohday Rod.

Dalam pada itu, ramai juga pengguna yang memberi komen terhadap masakan sup yang dijual oleh peniaga di bazar yang belum didedahkan lokasinya oleh lelaki terbabit.

“Alamak, tengok kuah pun cair jernih saja,”kata Siti Azanah.

“Masalahnya sup ke air tasik bunian tu?,” soal Eni Soraya.

Baca Lagi:
Maggi bukan berasal dari Malaysia, ini asal usul sejarah Maggi yang ramai tak tahu
Wanita terkejut balik dari bazar Ramadhan terima mesej puji payudara dari lelaki misteri
Ibu Shuib bersuara selepas bakal menantunya Watie berpakaian ‘pelapik meja makan’ tular
CATEGORIES