
Lelaki perasan wanita buat ‘isyarat tangan’ tanda perlukan bantuan di Karnival Kaboom, akhirnya wanita ini diselamatkan
Lelaki perasan wanita buat ‘isyarat tangan’ tanda perlukan bantuan di Karnival Kaboom, akhirnya wanita ini diselamatkan. Isyarat tangan atau sign language tidak dinafikan sangat penting dalam kehidupan seharian
Kadangkala ada saja yang menggunakan sign language untuk berkomunikasi antara satu sama lain terutamanya orang yang tidak dapat berbicara dan mendengar. Jika anda pernah dengar, signal for help juga wujud untuk dipelajari ramai.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita yang dipercayai mangsa menunjukkan help gesture tanda meminta bantuan telah mencuri tumpuan.
Buat help gesture tanda minta bantuan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita dan teman lelakinya sedang bersiar-siar membeli makanan di sebuah gerai di Karnival Kaboom.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila wanita yang memakai topi dan lengan panjang itu dilihat berdiri di depan gerai seperti ingin menjauhkan diri daripada teman lelakinya. Teman lelakinya itu dilihat membeli makanan di gerai sebelahnya.
Tidak lama kemudian, wanita itu kelihatan seperti membuat help gesture tanda dia sedang meminta bantuan. Mujur, salah seorang pengunjung karnival perasan dan terus meminta kru melaporkan kepada pihak polis.
Wanita itu mengaku bahawa dirinya didera oleh teman lelakinya yang dipercayai mengambil dadah.
@hazrulhaliliceokaw Help gesture yg ramai masih tak tahu. Tahniah semua yg membantu mangsa. Semoga dipermudahkan urusan & harap keluarga mangsa kuat dgn ujian ni. Hero yg sebenar @shotlawei π #womensrights #fyp #fypγ· #xyzbca #kesdera #kaboomkarnival #pdrm #signalforhelp #sos β¬ Haruman Terindah – κ§ πΉ.πππ_πΆπππππππ κ§
“Suspek cuba mengelak tapi kru Kaboom Karnival berjaya melengahkan sampai polis datang Alhamdulillah suspek berjaya ditangkap. Good job guys” kata pengunjung karnival.
“Banyak kali lihat video terjadi kat negara mat saleh, tak sangka ada juga kat Malaysia. Nasib baik dia tau signal tu. Terbaik orang-orang yang respond” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 548K tontonan, 29K tanda suka dan 642 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Harapnya semua dapat belajar help gesture ni!