Lelaki penggal kepala ibu saudara buat ‘sup lada’

Lelaki penggal kepala ibu saudara buat ‘sup lada’

Lelaki penggal kepala ibu saudara buat ‘sup lada’.

Seorang lelaki kanibal di Nigeria yang didakwa membunuh dan memenggal kepala isteri bapa saudaranya, ditangkap ketika dia memasak serta memakan anggota badan tersebut, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Suspek, Jeremiah Ode, 45, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Priscilla Adoga, 65, dan mengamalkan cara hidup kanibalisme.

Lelaki yang tinggal di Igwe Ochekpo, Oju itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Makurdi atas dakwaan membunuh mangsa dengan menggunakan sebilah parang awal bulan ini ketika dia bekerja di ladangnya.

Ode dilaporkan ditangkap sedang memakan kepala mangsa di sebuah lokasi di negeri Benue.

772C1897 5141 4D6B A1A2 F56EE5D6BEE3 e1661919867419

Seorang penduduk dari Oju, Silas Igiri melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa, demikian menurut pendakwa raya, Inspektor Omaye Ujata.

Katanya, suspek memenggal kepala wanita itu yang digunakan untuk memasak ‘sup lada’ .

Saudara-mara Adoga menyedari kehilangan wanita itu selepas dia tidak pulang dari ladang pada waktu biasa.

Menurut beberapa laporan, Ode dikenali dalam masyarakat tempatan sebagai individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.

Ode dilaporkan memberitahu polis bahawa dia dan mangsa bergaduh dengan parang sebelum dia memenggal kepala Adoga.

“Polis menganggap keterangan itu ‘normal’ untuk seseorang yang dianggap gila lalu memutuskan untuk mendakwa suspek.

Ketua Majistret, Regina Alagh memerintahkan tertuduh direman di sebuah penjara tempatan.

Baca Lagi:

Kerana percaya akan mendapat wang berjuta-juta dari scammer, warga emas hilang RM1.87 juta

Rosmah Mansor berhati syaitan!, Fazley Yaakod dan isteri dedah perbuatan terkutuk buat ramai netizen terkejut!

Debaran tiga kes berprofil tinggi akan diketahui minggu pertama September ini

CATEGORIES