Lelaki patah hidung dakwa dipukul Johor Military Force (JMF) ketika tonton bola final JDT

Photo of author

By Joe

Lelaki patah hidung dakwa dipukul Johor Military Force (JMF) ketika tonton bola final JDT. “Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam seluruh badan.

Seorang penonton cedera selepas dipukul ketika menonton perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim di sini, kelmarin.

Ketua Polis daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata lelaki berusia 30 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi di Kuala Lumpur, semalam pada 11.50 pagi.

Lelaki patah hidung dakwa dipukul Johor Military Force (JMF) ketika tonton bola final JDT

Katanya, mangsa mendakwa mengesyaki dipukul oleh Johor Military Force (JMF).

“Mangsa telah pulang ke Kuala Lumpur dan mendapat rawatan, seterusnya ditahan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Keadaan mangsa baik dan stabil.
“Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam seluruh badan.
“Kes dalam siasatan, orang ramai yang melihat kejadian dikehendaki tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Lelaki patah hidung dakwa dipukul Johor Military Force (JMF) ketika tonton bola final JDT

Kes disiasat dibawah Seksyen 326 kanun keseksaan (cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang merbahaya).

Baca Lagi:
Sanusi dedah dalam kenderaannya ada pistol sepanjang masa
Penyokong PAS Kelantan turunkan bendera tanda protes
Kereta terpanjang di dunia, siap ada kolam renang dan boleh main golf