Lelaki pasang mercun di MRR2, sekali ini yang jadi

Lelaki pasang mercun di MRR2, sekali ini yang jadi

Lelaki pasang mercun di MRR2, sekali ini yang jadi. Lelaki ditahan selepas membakar mercun di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhadapan Petronas Tesco Ampang.

Suspek yang berusia 35 tahun itu memberi alasan membakar mercun sebagai percubaan kerana diminta pelanggan yang mahu membeli mercun dijual rakannya.

Sumber berkata, lelaki terbabit ditahan di tepi jalan selepas video dia membakar mercun di lebuh raya tular di media sosial.

Lelaki pasang mercun di MRR2, sekali ini yang jadi

“Suspek mengaku terbabit dalam kes yang disiasat. Tujuan dia membakar mercun adalah ‘testing’ seperti diminta pelanggan.
“Video yang tular itu dirakam oleh pelanggan berkenaan. Siasatan lanjut berhubung kejadian kini sedang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, ujian saringan air kencing ke atas suspek yang juga pemandu lori itu mendapati dia negatif sebarang penggunaan dadah.

“Permohonan reman terhadap suspek sedang dijalankan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan terbabit.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Baca Juga : 

Berbuka puasa di tepi tanah perkuburan berlaku di Kelantan
Kekasih baru Sharnaaz Ahmad tular, muka mirip bekas isteri dan bercampur rupa Lisa Surihani
Anda suka makan tongkeng dan pedal ayam?, ini info sebalik tongkeng dan pedal ayam yang anda wajib tahu sebelum makan
CATEGORIES