Lelaki paling berbahaya telan pedang dalam pertunjukan cedera parah

Lelaki paling berbahaya telan pedang dalam pertunjukan cedera parah

Lelaki paling berbahaya telan pedang dalam pertunjukan cedera parah. Seorang lelaki yang terkenal melakukan aksi lagak ngeri dengan menelan pedang, parah di bahagian perut dan hatinya, ketika satu pertunjukan, baru-baru ini.

Insiden ngeri itu berlaku di taman tema Six Flags of America di Woodmore, Maryland, pada 31 Oktober lalu.

Doktor pada mulanya menyangka Scott Nelson, juga dikenali sebagai Murrugun The Mystic, tidak akan pulih daripada kecederaannya apabila sebahagian paru-parunya terpaksa dikeluarkan.

Lelaki paling berbahaya telan pedang dalam pertunjukan cedera parah

Nelson, 59, berkata, dia dikejarkan ke hospital berdekatan di Washington DC dengan kecederaan serius tetapi tidak mengancam nyawa.

Menurut ABC 10News San Diego, pedang-pedang yang digunakan pada pertunjukan itu adalah tumpul dengan lebar setengah inci, dan panjangnya antara 24 hingga 28 inci.

Nelson, yang berpengalaman melakukan aksi menelan pedang selama lebih 25 tahun berkata, ini adalah insiden kali kedua seumpamanya yang pernah dialami.

Halaman GoFundMe sejak itu melancarkan kutipan dana bagi membantu biayai kos rawatan Nelson.

Nelson dilaporkan memberitahu pengasas halaman pengumpulan dana itu, lima pedang dikeluarkan dari perutnya dan sebahagiannya menusuk hatinya.

“Berita baiknya ialah, saya berjaya berhenti merokok dan kehilangan lebih 23 kilogram,” katanya.

Dia turut berkongsi gambar kecederaannya termasuk beberapa kesan luka dan jahitan di badannya.

Setakat ini AS$3,225 (RM14,209.35) berjaya dikumpul untuk membantu Nelson.

Nelson juga rasa dihargai apabila diberi penghormatan namanya diabadikan di atas simen di tapak pembinaan di seberang jalan hospital, tempat dia dirawat.

Nelson sebelum ini menggelar dirinya sebagai lelaki paling berbahaya dalam pertunjukan pedang.

Dia mendedahkan, latihan meditasi kerohanian sebagai rahsia kejayaan.

Baca Lagi:
Wanita bertudung tawar diri jadi isteri no 2 dan nak bagi zuriat, Izzue Islam mohon jaga hati isteri
Wanita kebas wang dana Pesatuan Ragbi Malaysia (KRM) hampir 2 juta
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
CATEGORIES