Lelaki menyamar DJ Dave, guna gambar dalam profil WhatsApp mesej pinjam duit

Lelaki menyamar DJ Dave, guna gambar dalam profil WhatsApp mesej pinjam duit

Lelaki menyamar DJ Dave, guna gambar dalam profil WhatsApp mesej pinjam duit. Penyanyi veteran, Datuk DJ Dave, 75, membuat laporan polis selepas mendapati seorang lelaki menggunakan gambarnya sebagai profil dalam aplikasi WhatsApp bagi tujuan meminjam wang.

DJ Dave memaklumkan sudah menerima lebih 100 panggilan telefon daripada kenalan yang dikatakan hampir terkena dengan sindiket penipuan terbabit.

“Ingin saya maklumkan ada seorang lelaki yang menyamar sebagai saya, menggunakan gambar profil WhatsApp, kononnya untuk meminjam wang dari anda. Harap berhati-hati.
“Saya sudah membuat laporan polis berkenaan isu ini dan mengharapkan kes seperti ini tidak berulang atau berlaku kepada orang lain,” katanya.

Lelaki menyamar DJ Dave, guna gambar dalam profil WhatsApp mesej pinjam duit

Beliau yang juga pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mengakui terkejut dan dengan tidak menyangka perkara sebegitu terjadi pada dirinya.

“Sebelum ini, saya ada mendengar daripada rakan-rakan mengenai ‘scammer’ ini, tetapi tidak sangka terjadi pada saya.

“Saya terkejut kerana gambar yang digunakan sememangnya gambar profil saya. Jadi, saya terus tukar kepada gambar lain,” katanya.

Dalam pada itu, DJ Dave menasihati kenalan untuk terus menghubunginya sekiranya masih ada yang menerima mesej sedemikian.

“Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya tidak terbabit dan sekiranya masih ada yang menerima hantaran WhatsApp, sila hubungi saya atau pengurus dengan segera,” katanya.

Baca Lagi:
Sanggup mengaku sudah bercerai, wanita dicekup berkhalwat dengan suami orang
Dari Speaker bawah pokok jadi Menteri Sumber Manusia
Nelayan jumpa muntah paus seberat 30kg bernilai cecah RM5 juta, mahu bersara awal jadi nelayan
CATEGORIES