Lelaki mengamuk keluarkan pedang samurai selepas ditegur main telefon semasa memandu

Lelaki mengamuk keluarkan pedang samurai selepas ditegur main telefon semasa memandu

Lelaki mengamuk keluarkan pedang samurai selepas ditegur main telefon semasa memandu. Tular sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki mengugut seorang pemandu motosikal dengan pedang samurai di sebuah stesen minyak di Kedah semalam.

Dalam video berdurasi 31 saat yang disiarkan oleh pengguna Tiktok dengan nama @muhammadhafizmuhd55, lelaki itu dilihat mengeluarkan pedang tersebut ketika bertengkar dengan beberapa penunggang motosikal di sebuah stesen minyak di kawasan rehat di Gurun.

Berdasarkan hantaran terbabit, lelaki itu kelihatan berang setelah ditegur menggunakan telefon ketika memandu.

Lelaki mengamuk keluarkan pedang samurai selepas ditegur main telefon semasa memandu

“Disebabkan (kami) membunyikan hon kepadanya kerana menggunakan telefon semasa keluar dari simpang, dia mengejar kami sehingga ke (stesen minyak) Petron dan mengeluarkan samurai (pedang),” kata kapsyen di video tersebut.

Lelaki bersenjata itu juga dilihat turut melemparkan ugutan dan mendesak agar penunggang motosikal meminta maaf kepadanya kerana membunyikan hon.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian dikesan cuba menenangkannya, manakala yang lain pula meminta kakitangan stesen minyak untuk menghubungi polis.

Tidak jelas apa yang berlaku selepas itu kerana video tersebut ditamatkan tanpa penghujungnya.

Video yang tular di Twitter itu telah mendapat kira-kira 500,000 tontonan, dengan netizen menggesa tindakan tegas diambil terhadap lelaki itu kerana membahayakan pengguna jalan raya.

Baca Lagi:
Ramai tak tahu, sebenarnya tak boleh buka pintu kereta serentak luar dan dalam, ini sebabnya
Ramai hilang selera nak makan ‘crab stick’ selepas dapat tahu keadah pembuatannya
Orang paling kaya tak mampu pakai, ini 3 jenis beg Birkin termahal di dunia, salah satunya milik isteri bekas Perdana Menteri Malaysia?
CATEGORIES