Lelaki maut ditembak 8 das, ditetak dengan parang depan pagar rumah

Lelaki maut ditembak 8 das, ditetak dengan parang depan pagar rumah

Lelaki maut ditembak 8 das, ditetak dengan parang depan pagar rumah.

Seorang lelaki mati ditembak dari jarak dekat oleh tiga penjenayah ketika menuju pagar rumahnya di Jalan Bawal Tambak 1, Taman Sri Gadong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.17 tengah malam itu, mangsa berusia 41 tahun maut di lokasi kejadian selepas dipercayai ditembak antara lima hingga lapan das.

Sejurus itu, kumpulan suspek turut bertindak menetak mangsa mengunakan parang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan terdengar bunyi tembakan dan melihat seorang lelaki terbaring di tepi jalan.

Asisten Komisioner Cha Hoong Fong

Katanya, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati mangsa sedang turun dari kereta jenis Volkswagen Passat dan menuju ke pagar rumahnya.

“Kemudian sebuah kereta jenis Nissan Almera berhenti di tepi jalan dengan tiga suspek lelaki meluru ke arah mangsa dan melepaskan lima hingga lapan das tembakan dari jarak dekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hoong Fong menambah, suspek juga dilihat menetak mangsa mengunakan parang sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta yang sama.

Beliau menjelaskan, semakan mendapati mangsa mempunyai 10 rekod kesalahan jenayah lampau termasuk kes jenayah berat melibatkan culik.

“Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan menemui beberapa barang yang boleh membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambah beliau, mereka yang mempunyai sebarang maklumat kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohamed Syahrir Zabidi di talian 012-26650895 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.

Baca Lagi:

Geng gangster ‘bina’ balai polis palsu, kutip wang perlindungan

7 ciri-ciri wanita akhir zaman yang terkena fitnah Dajjal

Berita baik buat penjawat awam akan diumumkan pada 30 Ogos ini – PM

Leave a Reply

Your email address will not be published.