Lelaki mati selepas ceroboh bangunan sekolah, kepala tersepit di pintu kayu. Percubaan seorang lelaki untuk memecah masuk dan mencuri di sebuah bangunan sekolah berakhir dengan tragedi apabila kepalanya terkepit pada pintu kayu.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Atas Negeri 1 Mihing Raya, Kalimantan, Indonesia.
Ketua Polis Sepang, Inspektor Polis Gunung Mas Debby Soesilo berkata, individu tersebut berusia 34 tahun dan bekerja sebagai petani.
“Terdapat saksi yang melihatnya cuba menceroboh masuk ke dalam bangunan sekolah tersebut. Dia juga didapati telah merosakkan kunci serta mencungkil pintu kayu berkenaan.
“Pada awalnya, kepalanya sudah masuk ke dalam ruangan, tetapi tiba-tiba tersepit di bahagian leher dan sukar untuk dikeluarkan.
“Dia berkemungkinan meninggal dunia akibat kekurangan oksigen,” ujarnya.
Menurut Debby, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang melalui kawasan tersebut pada awal pagi Khamis sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Tambahnya, mayat lelaki itu telah dikeluarkan dan siasatan lanjut sedang dilakukan di lokasi.
Sebelum itu, klip video lelaki terbabit yang terkepit pada pintu telah tular di media sosial dan mendapat perhatian warga maya.
TEWAS TERJEPIT PINTU
Warga Desa Tuyun, Kecamatan Mihing Raya, Kabupaten Gunung Mas (Gumas) dihebohkan dengan penemuan mayat, yang terjepit di pintu bekas Gedung SMAN-1 Mihing Raya yang kini digunakan sebagai perumahan warga, pada Kamis (12/9) pagi. pic.twitter.com/qZoiMEmsvl— Indonesian Absurdity (@absurdity_id) September 12, 2024