Lelaki mati mengejut selepas beraksi seks ganas dengan wanita di hotel

Lelaki mati mengejut selepas beraksi seks ganas dengan wanita di hotel

Lelaki mati mengejut selepas beraksi seks ganas dengan wanita di hotel. Polis di Ondo, Nigeria memulakan siasatan ke atas kematian seorang lelaki yang didakwa meninggal dunia selepas melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel.

Difahamkan, si mati yang dikenali sebagai Lanre meninggal dunia selepas melakukan persetubuhan ganas dengan wanita itu di sebuah hotel di bandar Ondo pada petang Rabu.

Seorang sumber berkata, “Wanita itu meminta bantuan selepas menyedari lelaki itu rebah selepas mandi, sejurus melakukan hubungan seks pada pukul 9 malam pada hari Rabu. Teriakannya menarik perhatian pengurus hotel yang kemudiannya memanggil pegawai polis ke tempat kejadian.”

Lelaki mati mengejut selepas beraksi seks ganas dengan wanita di hotel

Pegawai Perhubungan Awam Polis negeri, Funmilayo Odunlami ketika dihubungi berkata, ia merupakan kes kematian mengejut dan luar biasa, malah polis telah memulakan siasatan.

“Ia adalah kes kematian mengejut. Kami telah memulakan siasatan ke atas perkara itu,” katanya.

Mayat mendiang kini disimpan di bilik mayat Universiti Sains Perubatan, Ondo.

Baca Lagi:
Lima tahun mencari adik, akhirnya ditemukan maut dalam kemalangan
Legenda rock ‘n’ roll meninggal dunia
Langkah Sheraton: Muhyiddin dedah siapa sebenar yang ‘tikam belakang’
CATEGORIES