Lelaki mahu tukar nasi kandar dengan sekotak rokok undang reaksi netizen

Photo of author

By Joe

Lelaki mahu tukar nasi kandar dengan sekotak rokok undang reaksi netizen. Memang tidak dinafikan, ada kalanya kita mungkin sudah lapar tetapi terlupa membawa wang untuk makan di kedai berdekatan. Jadi, kita mungkin akan berbincang dengan tuan kedai untuk mendapatkan makanan.

Namun, sebuah kedai nasi kandar terkemuka di Malaysia baru-baru ini berkongsi satu kisah unik di mana seorang individu ingin melakukan pertukaran barang seperti sistem barter untuk mendapatkan juadah di situ.

Melalui akaun rasmi Facebook Nasi Kandar Sulaiman, pemiliknya menceritakan tentang seorang individu yang mahu membeli sebungkus nasi berharga RM10 di kedainya.

Lelaki mahu tukar nasi kandar dengan sekotak rokok undang reaksi netizen

Namun, individu tersebut memberikan alasan bahawa dia tidak mempunyai wang dan ingin menukar rokok miliknya dengan nasi kandar di situ, seperti sistem barter yang biasa digunakan pada zaman dahulu.

Tindakan tersebut bagaimanapun dianggap tidak masuk akal kerana individu terbabit tidak mempunyai wang untuk membeli nasi kandar, tetapi ada pula duit untuk membeli rokok.

“Dia nak buat macam sistem barter kot. Duit tak ada nak beli makan, tapi rokok boleh beli pula. Bagi kotak rokok macam kita hisap rokok,” tulisnya di kapsyen.

Dalam masa yang sama, pemilik kedai nasi kandar terkemuka itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan tawaran pertukaran tersebut, seolah-olah menganggap semua orang menghisap rokok seperti individu terbabit.

Dia juga mengesahkan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku dan bukan sekadar konten.

Perkongsian hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen, rata-ratanya meluahkan rasa geli hati dengan kisah tawaran pertukaran oleh individu terbabit.

“Mana boleh barter. Tak sama. Kat kotak rokok tu tulis rokok boleh menyebabkan keguguran, nasi kandar pula mengakibatkan kekenyangan. Tak sama,” seloroh seorang netizen.

“Ujian dan dugaan dalam hidup. Kita akan berjumpa pelbagai kerenah dan perangai manusia,” kongsi netizen lain.

“Boleh hangpa buat macam ni Na? Tu rokok seludup, barang seludup ni, usahkan nak jual, nak buat barter pun tak boleh. Tapi tu la, macam mana dia boleh minta harga nasi RM10 sedangkan tak ada duit,” soal seorang lagi.

Walaupun ramai merasa kejadian ini lucu, masih ada sebahagian yang berpendapat individu terbabit mungkin mengalami masalah ekonomi sehingga terpaksa melakukan perkara sedemikian demi meneruskan kehidupan.

Baca Lagi:
“Cara nak saving duduk asrama”, Pelajar UIA masak Mi Segera guna seterika raih perhatian ramai
Jual sampah di Melaka raih lebih RM350,000
“Aku wanita yang malang, suami curang dengan janda, bekas suami janda salahkan aku..”