Lelaki letak balik barang dicuri selepas pecah masuk rumah janda, tak sangka ini yang terjadi

Lelaki letak balik barang dicuri selepas pecah masuk rumah janda, tak sangka ini yang terjadi

Lelaki letak balik barang dicuri selepas pecah masuk rumah janda, tak sangka ini yang terjadi. Sekitar jam 2 pagi pada 8 Mei 2022 lepas, rumah seorang wanita berumur 23 tahun telah diceroboh masuk oleh seorang lelaki.

Menurut sumber, niat pelaku memecah masuk rumah wanita di Jawa Timur itu pada mulanya adalah untuk mencuri barang kemas milik janda muda tersebut, namun lain pula yang jadi.

Selalu perhatikan barang kemas mangsa pakai

Lelaki letak balik barang dicuri selepas pecah masuk rumah janda, tak sangka ini yang terjadi

Niat pelaku untuk mencuri tercetus setelah lama memerhatikan mangsa kerana pelaku sering lepak di rumah rakannya yang terletak berhampiran dengan rumah sewa mangsa.

Jadi, dia mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan mencuri itu saat mangsa sedang tidur.

Walaubagaimanapun, mangsa mula menyedari rumahnya ada orang masuk kerana terdengar bunyi dari tempat sebelah biliknya.

Mangsa terus keluar dari bilik untuk mendapatkan sambungan WiFi namun telefon bimbitnya terus dirampas pelaku, selain itu gelang tangan mangsa juga turut diambil.

Pulangkan balik sebab….

Kata sumber lagi, pelaku pada waktu itu tiba-tiba tergiur tengok kaki mangsa, niat baru pelaku yang cuba untuk mengambil kesempatan terhadap mangsa terbantut. Ini kerana pelaku jadi takut setelah mangsa dikatakan berjaya melihat wajah pelaku dengan jelas.

Disebabkan itu, pelaku meminta maaf dan pulangkan semula barang-barang yang telah diambil sebelum berlalu pergi.

Akibat kejadian itu, mangsa yang dalam keadaan trauma cuba melawan rasa tersebut untuk melaporkan perkara ini kepada penghulu kampung.

Pelaku terus ditangkap di rumahnya lalu disoal siasat, pelaku mengaku perbuatannya itu dan meluahkan bahawa dirinya kini dalam keadaan terdesak untuk menggunakan wang. Malah dia juga akui bahawa niat merompaknya itu berubah apabila tergoda melihat tubuh mangsa.

Selain itu, pihak polis mendapati bahawa mangsa mempunyai luka cakar di wajah dan dada korban. Akibat perbuatan itu, pelaku yang mempunyai seorang isteri dan anak telah ditangkap dan berdepan dengan hukuman maksimum 9 tahun penjara jika didapati bersalah.

Baca Lagi:
Masih ingat Coach Yin teman lelaki Sajat suatu ketika dahulu?, tak sangka sekarang sudah bergelar bapa dua anak
Suami banyak ambil cuti, lepas terbaca WhatsApp baru tahu cerita sebenar, aku terpaksa tahan menangis setiap hari
Rupanya ini ikan paling mahal di dunia hidup di perairan Malaysia, harga cecah RM1800 sekilo
CATEGORIES