Lelaki lamar teman wanita dengan hantaran RM90,000, set barang kemas, sebidang tanah sawah

hantaran bilik pameran 1 e1654094750341

Lelaki lamar teman wanita dengan hantaran RM90,000, set barang kemas, sebidang tanah sawah.

Seorang lelaki dari Bone, Sulawesi Selatan menjadi tular kerana melamar teman wanitanya dengan memberikan hantaran mewah berupa wang tunai berjumlah 300 juta rupiah (RM90,564), satu set barang kemas, sebidang tanah sawah, pembiayaan pengajian serta sebuah bilik pameran kereta beserta kenderaan di dalamnya.

Menurut laman berita Detik, lelaki bernama Dical Arfandi itu hanya menyerahkan wang tunai dan set barang kemas kepada Andi Besse Qurrata Ayyun dalam acara peminangan yang berlangsung pada Khamis lalu.

Hantaran-hantaran lain seperti bilik pameran kereta, kenderaan, pakaian pengantin dan wang pembiayaan pengajian akan diberikan secara persetujuan khas.

Lelaki lamar teman wanita dengan hantaran RM90,000, set barang kemas, sebidang tanah sawah

“Kami akan melakukan sesi pemberian hantaran lain dalam suasana tertutup. Ketika acara peminangan, saya sudah jelaskan kepada ibu bapa Andi bahawa kami akan menyerahkan bilik pameran beserta kereta di Jalan Sultan Hasanuddin kepadanya.

“Disebabkan Andi akan menjadi anak saya juga, saya akan membiayai semua pengajiannya,” kata bapa Dical, Suradi.

Perkahwinan antara kedua-dua pasangan tersebut dijangka berlangsung pada 17 September ini.

Dical merupakan pelajar semester empat Universiti Negeri Makassar manakala Andi ialah pelajar Universiti Hasanuddin.

Kedua-dua mereka juga dikatakan tidak bercinta, namun hanya pernah bertemu sebanyak beberapa kali.

Baca Lagi:

PANAS !!! Video Azwan Ali maki Yusuf Azmi dan sahabat, sekali ini respon balas Yusuf Azmi

Pengedar dadah rempuh kereta polis, paksa polis lepaskan 6 das tembakan

Misteri kehilangan dua sahabat terjawab, dijumpai mati dalam MPV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *