Lelaki kongsi sebab kenapa masih guna kereta lama Proton Saga

Lelaki kongsi sebab kenapa masih guna kereta lama Proton Saga

Lelaki kongsi sebab kenapa masih guna kereta lama Proton Saga.

Seorang lelaki berusia 27 tahun berkongsi sebab menggunakan kereta lama dan bukan kereta baharu seperti rakan-rakan sebayanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Menurut Ken, kereta berjenama Proton Saga Iswara 1.3 kerana yang dipandu itu sangat jimat dari segi penggunaan minyak dan penyelenggaraan.

Menerusi perkongsiannya, Ken berkata kereta tersebut telah berkhidmat kepadanya sejak habis pengajian dan tidak mengendahkan pandangan orang terhadapnya.

Tambahnya lagi, pembelian kereta baru menggunakan wang yang banyak kerana perlu mempertimbangkan pendapatan purata setiap bulan.

Kereta baharu juga mempunyai kos yang mahal untuk diselenggara yang boleh melebihi RM500 sebulan walaupun hanyalah kereta tahap entree.

Berdasarkan pengalamannya mengguna kereta Proton Saga Iswaranya, Ken berkata apa yang diperlukan untuk menyelenggara keretanya setiap bulan adalah sekitar RM300, termasuk minyak kereta, penyelenggaraan dan setiap pembaikan secara rawak.

Pada awalnya, dia mendapat banyak maklum balas negatif kerana keadaan keretanya agak buruk sebelum beliau memperbaikinya.

Malah, ramai mencadangkan untuk membeli kereta baru dan bukannya membazir wang untuk memperbaiki Proton Saga terbabit.

Dalam pada itu, Ken turut menitipkan kata-kata nasihat untuk orang di luar sana supaya sentiasa menjaga kereta lama dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Baca Lagi:

Baru dilantik beberapa jam, ketua polis mati ditembak kepala dengan kartel dadah

Ustaz tahfiz kena pukul munculkan diri buat penjelasan, ini keadaan beliau buat ramai sedih

Penulis novel kontroversi Salman Rushdie ditikam berkali-kali atas pentas

CATEGORIES