Lelaki kongsi pengalaman kena kacau ketika karaoke lagu ‘Sephia’ milik Sheila On 7. Siapa yang tidak mengenali band terkenal dari Indonesia, Sheila On 7? Band ini terkenal dengan lagu-lagu lama mereka seperti “Melompat Lebih Tinggi,” “Berhenti Berharap,” dan banyak lagi.
Baru-baru ini, tular sebuah posting yang memaparkan sekumpulan remaja yang diganggu ketika menyanyi salah satu lagu band tersebut.
Kacau ketika tengah seronok karaoke lagu Sephia
Menurut posting di laman X, sekumpulan remaja sedang meluangkan masa di karaoke untuk bernyanyi. Salah seorang dari mereka memilih lagu “Sephia” untuk dinyanyikan. Apa yang mengejutkan ialah, ketika sampai ke bahagian chorus, skrin TV terpadam. Lebih aneh lagi, terdengar suara pelik seperti mengilai dari mikrofon.
Meskipun mereka masih berusaha untuk berfikiran positif dan menganggap tiada kejadian aneh, keesokan harinya, lagu “Sephia” yang mereka nyanyikan itu dimuat naik ke media sosial IG dan TikTok. Kejadian tersebut membuatkan ramai orang meremang.
Untuk rekod, lagu “Sephia” pernah dilabelkan sebagai lagu berhantu kerana kejadian yang berlaku semasa pembuatannya. Lagu tersebut diciptakan untuk seorang peminat yang telah meninggal dunia.
Lagu Sephia pic.twitter.com/hwQNCEjVfd
— Detik Seram ⏰ (@detikseram) August 11, 2024