Lelaki kerat mayat isteri dan buang merata-rata di jalan raya

Photo of author

By Joe

Lelaki kerat mayat isteri dan buang merata-rata di jalan raya. Seorang lelaki yang mengalami gangguan mental telah membunuh isterinya sebelum memotong mayat mangsa dan membuang sisa-sisanya di merata-rata jalan raya dalam kejadian di daerah Doi Luang, wilayah utara Chiang Rai, pada awal pagi 26 Ogos lalu.

Menurut laporan Thaiger, orang awam yang menemui sisa-sisa mayat mangsa kemudian memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak polis.

Bertindak atas maklumat itu, polis tiba di lokasi dan menemui kepala, kaki, serta badan mangsa yang dikenali sebagai Jinda, berusia 59 tahun.

Lelaki kerat mayat isteri dan buang merata-rata di jalan raya

Polis kemudian pergi ke rumah mangsa dan mendapati suaminya, Sommai, berada dalam keadaan marah di luar rumah sambil memegang sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk memotong mayat isterinya.
Suspek terus ditahan dan dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan. Malangnya, suspek tidak memberikan kerjasama, yang menyukarkan usaha polis untuk menyiasat motif kejadian.

Pemeriksaan di rumah pasangan tersebut turut menemui kaki kanan mangsa di dalam peti sejuk. Mangsa dipercayai telah dibunuh di dalam kediamannya sebelum bahagian-bahagian badan yang lain dibuang di jalan raya.

Difahamkan bahawa Sommai mengalami gangguan mental akibat penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol. Suspek pernah menerima rawatan sebelum ini, tetapi baru-baru ini telah berhenti berbuat demikian.

Sebahagian tubuh mangsa masih belum ditemui dan suspek tidak dapat disoal siasat berikutan keadaannya yang tidak stabil.

Baca Lagi:
‘Lepas 20 tahun aku duduk rumah kebajikan, sekarang baru aku tahu yang ayah buang aku dengan duit RM50’
‘Patutlah penuh orang datang, rupanya kedai ini jual sup perut sekali pakej tahi’
‘Isteri terkejut suami orang alim tapi ada pakaian wanita dan rambut palsu dalam almari’