Lelaki kelar tangan sendiri selepas bini tegur beli jam mahal

Lelaki kelar tangan sendiri selepas bini tegur beli jam mahal

Lelaki kelar tangan sendiri selepas bini tegur beli jam mahal.

Kelar diri sendiri dengan serpihan kaca selepas ditegur membazir duit membeli hadiah jam tangan mahal.

Itulah tindakan diambil seorang lelaki selepas bertengkar dengan isterinya di kediaman mereka di Damansara di sini, kelmarin.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima maklumat berhubung kejadian itu susulan berlaku pendarahan yang banyak pada tangan dan leher lelaki berkenaan.

Lelaki kelar tangan sendiri selepas bini tegur beli jam mahal

Kata beliau, hasil siasatan mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa dan isterinya mengenai harga jam tangan dibeli suaminya, pada pukul 7 malam.

“Isteri menyatakan mangsa membelikan hadiah jam tangan namun ditegur isterinya agar tidak berbelanja lebih.

“Selepas itu, mangsa yang marah memecahkan balang kaca serta mengambil serpihan kaca sebelum kelar pergelangan tangan kiri dan leher.

“Sebelum ini, mangsa mempunyai masalah kesihatan serta pernah mengugut akan mencederakan dirinya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Hussein memaklumkan, mangsa telah keluar dari hospital semalam dan menerima jahitan di pergelangan tangan kiri dan di leher.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan, namun tiada tangkapan setakat ini,” katanya.

Baca Lagi:
Kalau masuk ke Thailand, jangan tinggal 3 dokumen penting ini!
Nampak macam buruk, rupanya ini durian paling ‘legend’ yang ramai tak tahu betapa nikmatnya
Ramai sebak lihat rider Grab merayu minta pelanggan ‘cancel order’ sebab motorsikal ditarik masa nak hantar makanan
CATEGORIES