Lelaki kelahiran Malaysia dinobatkan sebagai CEO bergaji paling mahal di dunia. Pengusaha kelahiran Malaysia, Tan Hock Eng, telah diiktiraf sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) dengan pendapatan tertinggi di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2023.
Tan, yang merupakan CEO syarikat semikonduktor, Broadcom Inc., dilaporkan telah mengatasi Mark Zuckerberg dari Meta Platforms selepas menerima ganjaran sebanyak AS$162 juta (RM760 juta) pada tahun lepas, menurut laporan South China Morning Post (SCMP) yang mengutip analisis oleh Wall Street Journal (WSJ) minggu ini.
“Tan, yang merupakan warganegara AS, ialah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat semikonduktor Broadcom Inc. dan telah menduduki carta gaji tertinggi sejak tahun 2006 dengan menerima AS$103 juta (RM483 juta) pada tahun 2017,” menurut WSJ.
Bagaimanapun, pakej gaji tersebut disertakan dengan beberapa syarat, termasuk prestasi saham syarikat mencapai paras tertentu menjelang tahun depan.
Tan juga duduk sebagai ahli lembaga Meta Platforms.