Lelaki kejar bekas isteri dengan pisau di hari pernikahan

Photo of author

By Joe

Lelaki kejar bekas isteri dengan pisau di hari pernikahan. Seorang lelaki berumur 35 tahun bersenjatakan pisau mengamuk di majlis perkahwinan bekas isterinya di Kalimantan, lapor portal berita Tribun Trends hari ini.

Lelaki yang dikenali sebagai A itu turut menghunuskan pisau ke arah tetamu yang hadir semasa kenduri tersebut di Sungai Loban semalam.

Ketua polis tempatan, Kitty Tokan, berkata kejadian itu berlaku pada pukul 5 petang (waktu tempatan).

Lelaki kejar bekas isteri dengan pisau di hari pernikahan
Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, suspek melakukan tindakan itu dengan niat untuk membatalkan majlis perkahwinan bekas isterinya dengan lelaki lain.

Pengantin wanita melarikan diri ke dalam rumah setelah dikejar oleh A yang membawa pisau. Wanita itu kemudiannya mengunci pintu biliknya.

Lelaki kejar bekas isteri dengan pisau di hari pernikahan

Polis yang menerima aduan daripada keluarga pengantin perempuan berjaya menangkap A pada hari yang sama di rumah suspek.

Baca Lagi:
Berdiri satu pentas dengan aktres terkenal Korea, netizen ‘cair’ lihat kecantikan Siti Saleha
Ini beras termahal dan terbaik di dunia, dijual hampir RM500 per kilogram
Sindiket pengemis OKU warga China raih pendapatan RM10,000 sebulan gara-gara rakyat Malaysia terlalu pemurah