
Lelaki jumpa buhul sihir tepi pantai Port Dickson, bila dibuka terkejut lihat isi dalamnya
Lelaki jumpa buhul sihir tepi pantai Port Dickson, bila dibuka terkejut lihat isi dalamnya. Selalunya, kita pergi bercuti untuk tenangkan fikiran, hilangkan stres dan sebagainya. Namun, berbeza pula dengan pengalaman unik seorang individu ini apabila dia dikatakan telah terjumpa beberapa ‘buhul sihir’ di tepi pantai.
Menurut postingnya di group Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini, apa yang dilihatnya di Port Dickson bukan sahaja mengecewakan, ia juga membuktikan masih ada lagi orang yang mengamalkan ilmu hitam di kalangan kita.
“Saya berada di PD sekarang. Saya tak tahu kenapa tapi macam ada something yang “menarik” saya untuk turun ke laut, sedangkan hari tengah hujan dan kilat.”
“Kemudian saya terjumpa dua benda ni, tapi salah satunya saya dah buka. Jangan tanya kenapa saya buka sebab saya sendiri takde jawapan.”
“Apa patut saya buat? Lagi satu botol saya tak bukak pun. Saya hanya tinggalkan dekat pondok tu…,” katanya
Dalam gambar yang dimuat naik Fitri, ada beberapa botol berbalut plastik berwarna hitam serta gambar dan juga kertas bertulisan merah.
Menurut netizen dalam ruangan komen, besar kemungkinan ‘barang’ yang telah dijumpai individu tersebut adalah sihir!
Namun, tindakan lelaki tersebut yang membukanya dipuji kerana ia mungkin telah membebaskan mangsa daripada sihir.