Lelaki ini terima duit lebih RM7,000 dalam akaun bank secara misteri, tapi tindakan beliau selepas itu mengejutkan orang ramai..

Lelaki ini terima duit lebih RM7,000 dalam akaun bank secara misteri, tapi tindakan beliau selepas itu mengejutkan orang ramai..

Lelaki ini terima duit lebih RM7,000 dalam akaun bank secara misteri, tapi tindakan beliau selepas itu mengejutkan orang ramai.. Agaknya apa yang akan kita lakukan sekiranya kita mendapat sesuatu yang berharga seperti duit secara tiba-tiba tanpa kita sedari? Seperti mendapat sejumlah duit yang banyak yang telah dimasukkan ke dalam akaun bank kita secara misteri atau tanpa disengajakan?

Lelaki ini telah menunjukkan sikap yang jujur dalam dirinya dengan bertindak memulangkan semula wang yang dia perolehi itu kepada mereka yang sepatutnya. Menurut sumber, sejumlah duit yang telah dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya itu dipercayai tidak disengajakan.

Lelaki ini terima duit lebih RM7,000 dalam akaun bank secara misteri, tapi tindakan beliau selepas itu mengejutkan orang ramai..

Lelaki yang jujur ini telah mendapat perhatian netizen apabila tindakannya itu jadi tular selepas anak perempuannya Shena Lee telah berkongsi tentang kisah ayahya itu di laman sosial Facebook yang menceritakan tentang kemuliaan hati ayahnya itu.

“Hari ini ayah saya pergi ke bank untuk mengemaskini buku akaun miliknya dan tiba-tiba dia mendapat tahu bahawa terdapat wang sebanyak RM 7,125.60 dimasukkan ke dalam akaunnya.”

Dia mengatakan ayahnya terkejut dengan jumlah itu kemudian meminta Shena menghubungi pihak bank dan bertanya dari mana datangnya wang tersebut kerana seingat ayahnya dia tidak pernah memasukkan wang sebanyak itu.

“Pihak bank menyuruh saya untuk membuat akaun perbankan online untuk bapa saya supaya dia dapat memeriksa transaksinya dan mengetahui dari mana datangnya wang misteri itu.”

Selepas mendapat akses transaksi akaun bapanya, Shena akhirnya mendapat tahu butiran individu yang telah mendepositkan wang berkenaan ke dalam akaun berkenaan.

“Pada waktu itulah kami mendapati bahawa terdapat sebuah syarikat yang telah tersilap deposit gaji pekerja mereka ke dalam akaun bapa saya.”

Menurut Shena lagi, nama bapanya dan pekerja itu hampir sama malah mereka berdua juga memiliki nombor akaun bank yang lebih kurang serupa. Disebabkan persamaan itu, syarikat berkenaan menghadapi kecelaruan ketika mengisi butiran akaun sehingga tersalah memasukkan duit gaji ke akaun yang salah.

“Syarikat itu sangat berterima kasih atas kejujuran kami kerana jikalau tidak mereka tidak akan menyedari kesilapan itu. Ayah saya mengingatkan saya bahawa kita tidak boleh mengambil apa yang bukan milik kita dan mengatakan bahawa dia akan mengembalikan wang itu. Bapa saya juga berkata ini adalah wang hasil kerja keras pekerja tersebut dan walaupun dia tidak mempunyai banyak wang, dia tidak akan mengambilnya.”

Sikap kejujuran lelaki ini harus diberikan pujian dan perlu dicontohi oleh semua orang. Pada zaman sekarang, memang agak sukar untuk berjumpa dengan orang yang begitu jujur seperti ayah Shena.

Baca Juga : 
Lelaki ini ajar cara buat duit RM100 sehari dengan platform ChatGPT
Plot twist betul, wanita ini nasihat kalau jumpa duit syiling jangan ambil
Jadi anak yatim piatu sekelip mata, nenek datang tuntut hak dia, pakcik kebas semua duit insurans kemalangan mak dan ayah
CATEGORIES