Lelaki ini sanggup cucuk 90 dos vaksin, ini yang terjadi pada dirinya

4c14e584 b55a 4f10 b474 ab7fc717d595

Lelaki ini sanggup cucuk 90 dos vaksin, ini yang terjadi pada dirinya.

Seorang lelaki dari Jerman menerima 90 dos suntikan vaksin Covid-19 bagi membolehkannya menjual sijil vaksinasi kepada individu lain, lapor portal berita MailOnline semalam.

Sijil tersebut mempunyai nombor siri sebenar dan dijual kepada individu yang enggan menerima suntikan vaksinasi.

Lelaki berusia 60 tahun dari bandar Magdeburg itu dilaporkan menerima 90 suntikan di beberapa buah pusat vaksinasi selama beberapa bulan sebelum diberkas polis.

4c14e584 b55a 4f10 b474 ab7fc717d595 e1649108599453

Aktiviti suspek akhirnya dikesan polis selepas dia menerima suntikan vaksinasi selama dua hari berturut-turut di sebuah pusat vaksinasi di Eilenburg, dalam negeri Saxony.

Suspek tidak ditahan, namun agensi berita Jerman, Dpa melaporkan bahawa dia kini disiasat pihak polis atas tuduhan mengedarkan kad vaksinasi tanpa kebenaran dan pemalsuan dokumen.

Beberapa keping kad kosong turut dirampas daripada suspek.

Setakat ini, tiada penjelasan mengenai kesan yang mungkin dialami oleh suspek akibat daripada 90 dos suntikan yang diterimanya daripada beberapa jenama vaksin Covid-19.

Baca lagi:

Kisah lelaki melayu yang berjaya menjadi kaya-raya tersenarai dalam malaysia miliki puluhan Helicopter dan Pesawat

Tiga anak melayu kini berjaya di UK bisnes Ganja, kalau dekat Malaysia comfirm kena gantung!

Tak sangka tinggal dirumah usang, tapi ada aset RM1.7juta..Lembaga zakat dedah siapa sebenarnya makcik ini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *