Lelaki ini kongsi hasil kerja abang askar bina rumah masyarakat awam buat ramai terkejut

Lelaki ini kongsi hasil kerja abang askar bina rumah masyarakat awam buat ramai terkejut

Lelaki ini kongsi hasil kerja abang askar bina rumah masyarakat awam buat ramai terkejut. Kalau bercakap tentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ramai yang akan kaitkan dengan tugas mereka seperti menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.

Itu adalah amanah dan tanggungjawab hakiki mereka untuk memastikan kedaulatan negara terjaga dan sekiranya berlaku perang mereka jugalah ‘orang pertama’ yang dihantar untuk melindungi rakyat di negara ini.

Kepakaran anggota ATM yang tak ramai tahu ialah mereka pakar dalam membaik pulih atau membina rumah untuk masyarakat dan mereka yang memerlukan.

Lelaki ini kongsi hasil kerja abang askar bina rumah masyarakat awam buat ramai terkejut

Jadi, jangan pelik kalau ternampak anggota tentera buat perkara tersebut kerana ia telah termasuk dalam aktiviti yang ditetapkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) yang dinamakan sebagai Program Jiwa Murni, yang juga salah satu program yang ada di bawah Civil Military Cooperation (CIMIC).

Program tersebut dijalankan untuk mengukuhkan hubungan antara tentera dan masyarakat selain dijadikan sebagai sebahagian aktiviti warga ATM.

Mesti korang terfikir aktiviti yang dilakukan ini tidak ganggu ke dengan tugas hakiki mereka dalam menjaga negara?

Jangan risau kerana ATM secara seimbang akan melaksanakan tanggungjawab mereka mempertahankan negara dari ancaman luar dan peranannya dalam CIMIC.

Lelaki ini kongsi hasil kerja abang askar bina rumah masyarakat awam buat ramai terkejut

Program Jiwa Murni, kukuhkan kerjasama tentera-awam

Bagi merapatkan lagi hubungan tentera dan masyarakat, program tersebut telah pun dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam kalendar Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM).

Ia juga dilaksanakan secara aktif pada setiap tahun di mana, anggota TDM akan diberikan tugasan yang berkaitan dengan membantu masyarakat awam.

Lelaki ini kongsi hasil kerja abang askar bina rumah masyarakat awam buat ramai terkejut

Program yang dilaksanakan ATM ini mampu mendukung Pelan Strategik MinDef (2021-2025) di bawah Teras 4 yang bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti masyarakat berkaitan peranan dan tanggungjawab mereka dalam mempertahankan negara.

Ia juga menggunakan pendekatan dalam membina masyarakat yang harmoni, negara yang selamat, berdaulat dan makmur dan dalam masa yang sama media juga memainkan peranan menyebarkan fungsi ATM dan rakyat.

Lepas ni kita mesti tidak takut untuk beramah mesra dengan askar-askar kerana program ini dapat mempertingkatkan kesedaran serta kepercayaan rakyat terhadap ATM selain mendorong kepada penglibatan mereka dalam keselamatan dan pertahanan negara.

Lelaki kongsi hasil kerja abang celoreng

Menjengah di media sosial, seorang pengguna telah berkongsi kepada umum mengenai salah sebuah rumah yang telah dibaiki oleh ‘abang celoreng’ hingga menarik perhatian dan diterjemahkan dalam artikel ini.

Siapa sahaja yang tak terkejut kalau tengok rumah yang dibaik pulih itu kemas dan hasilnya sangat cantik, kemudian siap dengan wiring lagi seperti yang dilakukan selalu oleh tukang buat rumah.

Lelaki itu berkata ATM telah melakukan pembaikan semula terhadap salah sebuah rumah di Terengganu pada Oktober lalu.

Jelasnya, kerja membaik pulih melibatkan kepakaran Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).

Tambahnya, rumah yang dibaiki itu telah mengalami keuzuran oleh kerana papan yang digunakan telah usang dan ia telah dibina semula oleh ATM.

Selain dari rumah, lelaki itu juga memaklumkan askar tersebut bukan membaik pulih rumah sahaja tetapi ia juga membaiki surau dan juga dewan yang rosak.

Jika rumah tersebut sememangnya memerlukan ubah suai keseluruhan, ATM akan membina semula, contohnya seperti di bawah ini.

Perkara yang dibetulkan ialah pembinaan anjung dan juga kerja-kerja mengecat dinding papan.

Screenshot 2023 11 25 170018

Sebelum

Screenshot 2023 11 25 170352

Selepas

Ada juga rumah yang telah dibina baharu dan yang paling seronok pembaikan semula itu tidak mengambil masa yang panjang bagaimanapun ia bergantung kepada kerosakan yang dialami.

Jumlah anggota juga bergantung kepada jenis kerosakan yang dialami dan kebiasaannya tidak lebih daripada 13 anggota.

Lelaki ini kongsi hasil kerja abang askar bina rumah masyarakat awam buat ramai terkejut

Sebelum

Lelaki ini kongsi hasil kerja abang askar bina rumah masyarakat awam buat ramai terkejut

Selepas

Apa itu CIMIC?

Bagi yang tidak mengetahui, program ini merupakan salah satu sumbangan besar terhadap usaha pembinaan negara dan merupakan usaha yang berterusan dalam mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang erat antara awam dan juga tentera.

Untuk tahun ini, sejumlah 55 program yang sedang dilaksanakan di mana terdapat 50 penerima bakal disenaraikan untuk dilaksanakan dengan kos berjumlah sekitar RM1.57 juta.

Askar bukan sahaja membina rumah baharu tetapi mereka juga membaik pulih rumah masyarakat yang telah uzur sebagai contoh rumah tersebut mengalami beberapa kerosakan seperti dinding retak, atap bocor dan sebagainya.

Buat masa ni, hanya beberapa negeri yang terlibat dalam program ini iaitu Kedah (2), Pulau Pinang (2), Kelantan (1), Terengganu (20), Negeri Sembilan (10), Selangor (10) dan Kuala Lumpur (10).

Jangan tak tahu, CIMIC dirancang sehingga 2025 dan kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan program CIMIC ini layari media sosial Mindef di sini.

Baca Lagi:
Baru tahu rupanya ada 9 cara potong bawang, silap langkah boleh lari rasa masakan
Malaysia tersenarai negara ke-3 di Asia yang fasih berbahasa Inggeris, tak sangka orang Perak paling lancar
Bantuan e-kredit RM100 buat rakyat Malaysia boleh ditebus mulai Isnin
CATEGORIES