Lelaki ini dedah rahsia pakai kereta lebih 5 tahun tak pernah rosak. Kebanyakan kereta hari ini tidak lagi menggunakan sistem kunci batang untuk menghidupkan enjin, tetapi menggantikannya dengan butang elektronik iaitu push start button.
Namun, dalam kehidupan harian yang sibuk, ramai pemilik kereta sering terburu-buru sehingga mendorong kenderaan mereka untuk terus bergerak.
Melalui perkongsian di laman TikTok oleh Abang Loan, beliau memberikan teguran mengenai tabiat sedemikian kerana ia boleh membawa implikasi buruk dalam jangka masa panjang.
“Dia (kereta) ibarat manusia baru bangun pagi, terus dicubit badannya untuk dikerah berlari. Lama-lama sakit la orang tu.
“Ramai yang macam ni. Buka pintu, masuk kereta, tekan butang, terus start enjin,” ujar Abang Loan memberikan contoh.
Abang Loan kemudian berkongsi langkah yang sepatutnya diamalkan ketika menghidupkan enjin kereta pada awal pagi.
“Pertama, tekan butang push start. Waktu ini jangan tekan brek. Kemudian tekan butang push start untuk kali kedua. Sekarang, biarkan paparan panel elektronik menyala terlebih dahulu.
“Tunggu sehingga paparan panel elektronik padam, barulah tekan brek dan kemudian tekan butang push start untuk kali ketiga untuk hidupkan enjin.
“Ini adalah cara yang betul. Tujuannya adalah supaya kereta bersedia untuk diaktifkan,” jelas Abang Loan.
Abang Loan menambah bahawa kaedah yang sama juga berlaku untuk kereta yang menggunakan sistem kunci batang.
“Kalau korang perasan, perkara yang sama juga berlaku ketika zaman kita guna kereta kunci dulu.
“Kita akan masukkan kunci ke dalam soket dia, kemudian kita putar sekali, kita putar kali kedua, lepas tu putar kali ketiga baru kereta mula hidup,” kata Abang Loan.
Mengenai komen dari pengguna media sosial, mereka turut berkongsi pandangan.
“Benda ni nampak remeh dan ada yang kata tak perlu sebab teknologi dah canggih, tapi aku amalkan tip ni selama lima tahun, Alhamdulillah kereta aku smooth sampai sekarang dan tak meragam langsung.
“Terpulang kepada individu, aku sayang kereta aku dan nak pengalaman memandu kekal seperti waktu beli dulu,” kongsinya.
@abglonkarBetulkan cara start kereta korang sebelum terlambat. โฌ original sound – AdienazShop – ๐จ๐ฉ๐จ๐ต๐ฎ ๐ณ๐ถ๐จ๐ต