Lelaki ini buat pengakuan jujur kenapa pilih jadi gelandangan, tak sangka ini pengakuanya…

Lelaki ini buat pengakuan jujur kenapa pilih jadi gelandangan, tak sangka ini pengakuanya…

Lelaki ini buat pengakuan jujur kenapa pilih jadi gelandangan, tak sangka ini pengakuanya…. “Saya Malas,” Tiada Komitmen Hidup, Lelaki Ini Pilih Jadi Gelandangan

Disebabkan tidak mempunyai sebarang komitmen termasuk tidak pernah berkahwin, seorang lelaki berusia 66 tahun membuat pengakuan jujur bahawa dia berasa malas untuk bekerja atau mendapatkan tempat tinggal.

Selepas dilaporkan Sinar Harian, warga emas yang dikenali sebagai S (bukan nama sebenar) berkata dia perlu memikirkan mengenai dirinya sahaja oleh itu, tiada keperluan untuk menyewa atau memiliki rumah.

Kerana situasi tersebut, S memilih hidup gelandangan sejak 20 tahun lalu.

Lelaki ini buat pengakuan jujur kenapa pilih jadi gelandangan, tak sangka ini pengakuanya...

“Saya tidak mempunyai anak atau isteri, diri saya sahaja. Jadi, tak perlulah berfikir untuk menyewa atau memiliki rumah

““Saya boleh tidur di mana-mana sahaja bahkan di Bukit Marak pun saya pernah tidur semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) Covid-19 lalu,” katanya.

Kehadiran S diketahui selepas Operasi Bersepadu Banteras Pengemis dan Gelandangan dijalankan di Kota Bahru pada Selasa.

Operasi diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Mohd Halimie Mat Salleh.

Dia turut memberitahu dia telah mendapat bantuan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketika pasukan penguat kuasa menghampirinya, anak sulung daripada lima adik beradik itu dilihat sedang tidur beralaskan tikar.

“Saya dapat bantuan JKM RM300 sebulan yang digunakan untuk membeli makanan dan minuman.

“Saya akan mandi di masjid-masjid yang berhampiran dan tidur beralaskan tikar,” katanya.

Jelasnya, hubungan dia bersama adik-beradiknya telah lama terputus susulan tidak mahu menyusahkan mereka.

S berkata ini kerana masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri.

Difahamkan, S tidak duduk hanya di suatu tempat, malah dia pernah mengunjungi Pasir Mas dan Bachok kerana sering berpindah-randah.

Gelandangan bina bilik tidur di jejantas, siap berlangsir

Sebelum ini, media melaporkan di Thailand seorang gelandangan mengubah sebahagian jejantas pejalan kaki menjadi sebuah ‘bilik tidur’ seperti yang berlaku di daerah Au Thai di wilayah Ayutthaya.

Bilik itu dilengkapi dengan katil yang diperbuat daripada gabus, selain turut dilengkapi langsir, bantal dan anak patung.

Selain itu, terdapat juga cawan plastik yang dipercayai sebagai ‘persediaan’ sekiranya ada orang awam yang ingin menderma kepadanya.

Baca Lagi:
3 kes ritual yang pernah berlaku di Malaysia sehingga ada nyawa yang terkorban
Anak sulung Shuib kongsi ‘sesuatu’ barang kesukaan arwah Siti Sarah, warganet sebak tengok
Guna KWSP untuk pinjam bank? Ini saranan Bank Negara
CATEGORIES