Lelaki ini bergelar jutawan selepas 36 tahun hidup guna baucer sahaja, tak pernah keluar duit satu sen pun beli barang keperluan

Lelaki ini bergelar jutawan selepas 36 tahun hidup guna baucer sahaja, tak pernah keluar duit satu sen pun beli barang keperluan

Lelaki ini bergelar jutawan selepas 36 tahun hidup guna baucer sahaja, tak pernah keluar duit satu sen pun beli barang keperluan. Tidak pasti jimat atau kedekut. Lelaki yang bernama Kiriya Hiroshi yang berasal dari Jepun ini tidak pernah mengeluarkan wang selama 36 tahun, lapor Sinchew Daily.

Lelaki ini hidup puluhan tahun tanpa mengeluarkan wang tunai. Dia bergantung pada kupon atau baucar untuk ‘membeli’ pelbagai keperluan harian, termasuk makanan.

Hiroshi dilaporkan menggantikan wang tunai dengan baucar yang dia peroleh dari stok saham. Dia yang berusia 71 tahun rupanya sudah mula melabur saham ketika berusia 35 tahun.

Lelaki ini bergelar jutawan selepas 36 tahun hidup guna baucer sahaja, tak pernah keluar duit satu sen pun beli barang keperluan

Di pasaran saham Jepun, terdapat sistem khas di mana pelabur yang telah melaburkan sejumlah wang akan mendapat baucar sebagai hadiah.

Kini, nilai pasaran saham Kiriya mencapai 300 juta Yen (kira-kira RM1.2 juta). Dia juga mempunyai saham di lebih daripada 900 syarikat. Dan syarikat-syarikat inilah yang bertanggungjawab memberinya sejumlah baucar setiap tahun.

Dalam temubual bersama media tempatan, Kiriya mengatakan bahawa dia menggunakan baucar tersebut untuk barang keperluan harian. Kiriya boleh mendapatkan stok beras, minyak masak, garam, pakaian, kasut, dan juga basikal.

Lelaki ini bergelar jutawan selepas 36 tahun hidup guna baucer sahaja, tak pernah keluar duit satu sen pun beli barang keperluan

Kiriya dikatakan mengatur perbelanjaannya dengan ketat. Dia tidak akan membelanjakan barang yang melebihi nilai baucar. Selain itu, Kiriya hanya menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan.

Tidak hairanlah dia mampu berjimat selama 36 tahun dengan hanya menggunakan baucar.

Baca Lagi:
Lori tangki minyak meletup, 20 orang mati terbakar selepas mahu curi petrol percuma
Laksa ibu jadi laku selepas viral, tiba-tiba ramai pelanggan tak nampak kedai, sekali anak buat tawaran berani kepada pelanggan yang datang beli
Rupanya ini 5 negara yang ramai rakyatnya datang bekerja di Malaysia, tak sangka no.1 hampir 1 juta penduduknya
CATEGORIES